The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Klopp Pertahankan Rooney Dan Menyifatkan Pemain Adalah Manusia

Encik Bakri pada November 18, 2016

Wayne Rooney mendapat kritikan hebat selepas gambarnya ketika mabuk di sebuah majlis perkahwinan disebar oleh akhbar The Sun, bagaimanapun Klopp tampil untuk mempertahankan Rooney.

Ekoran tersebarnya gambar itu Rooney telah memohon maaf kepada Gareth Southgate pengurus sementara pasukan England kerana melakukan yang sangat memalukan bagi seseorang yang berada di posisinya.

Baca Juga: Wayne Rooney Memohon Maaf Selepas Gambarnya Ketika Mabuk Tersebar

Rentetan peristiwa ini Jurgen Klopp menyatakan rasa simpatinya terhadap Wayne Rooney, pengendali Liverpool itu tampil mempertahankan Rooney dengan menjelaskan, pemain bola sepak sekarang tidak dilayan dengan adil dan mendakwa tabiat minum arak generasi terdahulu jauh lebih teruk.

Menurut Klopp seperti yang dipetik dari sumber Berita Harian

“Seseorang lihat Wayne Rooney lakukan apa? Saya simpati dengan pemain.

“Saya tahu kami semua berada dalam kehidupan yang selesa, mendapat gaji lumayan dan melakukan kerja yang kami sukai, tetapi kesimpulannya mungkin mengejutkan kerana kami juga manusia.

“Kadang-kadang, kami dijemput ke majlis perkahwinan, hari jadi atau apa saja dan kami boleh berlagak profesional dengan berkata yang ‘kami tidak minum arak’.

“Atau ‘jika anda merokok, tolong jauhkan diri 20 ela dari saya kerana saya tidak mahu menjadi perokok pasif’. Itu bukan caranya untuk bergaul.

“Pemain ini, generasi ini adalah generasi pemain bola sepak paling profesional bukan hanya di England, tetapi yang pernah England ada.

“Semua pemain, legenda yang kita puja dan kagumi, minum seperti syaitan dan merokok macam orang gila tetapi mereka masih pemain yang handal. Sekarang ini sudah tidak ada yang berbuat begitu. Saya tidak kenal sesiapa seperti itu.

“Saya pernah menghadiri parti Krismas dan saya terpaksa menuang minuman kepada tetamu. Saya rasa ia berkenaan berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.

“Saya tidak tahu di mana Wayne berada tetapi saya yakin ia bukan sesuatu yang serius. Ia bukan sudut yang indah dalam kehidupan kami.

“Pasukan Jerman berada di Rome dan saya lihat gambar mereka di dalam restoran. Tidak ada gelas di tangan tetapi adakah anda yakin yang mereka tidak minum?” katanya.

Terbaik la ayat-ayat Klopp.


Download aplikasi The Sukan di Google Play