Klopp Masih Pening Pilih Formasi Pasukan Selepas Pembelian Salah

Eikrem oleh Eikrem 2 bulan yang lalu

Pengurus pasukan bakal juara EPL musim 2017-18, Jurgen Klopp, masih lagi memerah otaknya untuk memilih formasi yang bakal digunakan selepas membeli pemain dari AS Roma, Mohamed Salah, untuk musim yang akan datang nanti.

Salah dibeli pada harga €50 juta (RM245 juta) selepas beraksi cemerlang bersama skuad ibu negara Itali tersebut selama dua musim.

Selain Salah, Klopp turut membeli pemain muda dari Chelsea, Dominic Solanke yang juga bermain di bahagian serangan. Setakat ini hanya dua pemain ini sahaja yang tiba sebagai pemain baru di Liverpool.

Buat masa ini, Klopp sedang berfikir siang dan malam untuk mendapatkan formula dan formasi terbaik bagi menghasilkan pasukan yang gagah perkasa ditakuti lawan.

"Secara taktikalnya la kan, Lop kita nak jadi lebih fleksibel, bergantung kepada siapa dan di posisi mana, baru lah Lop boleh perkenalkan sistem baru," kata Klopp, atau lebih mesra membahasakan dirinya Lop kepada laman sesawang rasmi Liverpool.

"Pada musim 2015-16, kita selalu bermain dalam formasi 4-2-3-1, dalam pada 2016-17, kita banyak guna 4-3-3 atau 4-5-1.

"Pada pendapat Lop la kan, cara terbaik nak hasilkan sistem ialah berdasarkan pemain kita ada. Jadi buat masa sekarang Lop masih tercari-cari lagi lagu mana kita nak main musim depat, dan semestinya akan ada perbezaan," kata Lop lagi.

Lop turut menambah,"Kita perlu bersedia untuk kempen Eropah juga, jadi kita perlukan skuad yang besar. Jangan risau, kita akan mampu. Lop tak sabar tau.

"Selalunya kita akan berganjak dari tahun ke tahun. Kita perlu tengok macam mana situasi semasa terutamanya bila pemain baru masuk," tambah Klopp.

Pada musim lalu, Liverpool menepis jangkaan awal sebagai bakal juara liga apabila sekadar menduduki tangga keempat, di belakang Chelsea, Tottenham Hotspur dan juga Manchester City, dan mereka bakal bermain di pusingan kelayakan liga juara-juara pada musim ini.

Semoga Salah menjadi pembelian yang betul buat Klopp dan kuncu-kuncunya di Merseyside.

Sumber berita : Sportskeeda




Paparkan Komen