Klopp Mahu Peminat Liverpool Seru 'Semangat' Anfield Untuk Tewaskan Chelsea

Izuddin oleh Izuddin 3 bulan yang lalu

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menggesa penyokong The Kop supaya menggunakan 'kuasa' Anfield untuk membantu menewaskan Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris malam ini.

Pertembungan malam ini dianggap perlawanan yang sangat penting bagi Liverpool khususnya dalam menentukan juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Klopp mahu peminat Liverpool mainkan peranan bantu pasukan tewaskan Chelsea

Liverpool kini berada di tangga teratas dalam carta Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 2 mata ke atas The Citizens, tetapi mereka bermain lebih satu perlawanan dari City.

Liverpool bakal berdepan tugasan sukar di halaman sendiri malam ini apabila melayan kunjungan pasukan yang bersaing untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara Eropah, iaitu Chelsea.

Penyokong Liverpool sudah tentu gusar dengan ancaman yang dibawa Chelsea memandangkan mereka mempunyai memori buruk ketika The Blues bertandang ke Anfield beberapa tahun yang lalu.

Insiden Steven Gerrard terjatuh lalu melepaskan bola kepada Demba Ba masih lagi segar dalam memori setiap penyokong The Kop sehingga ke hari ini. Ia merupakan perlawanan yang menjadi titik tolak kejatuhan Liverpool sehingga melepaskan kejuaraan Liga Perdana Inggeris kepada Manchester City walaupun pada suatu ketika selesa mendahului.

Klopp seru semangat Anfield untuk tewaskan Chelsea malam nanti

Bagi mengelakkan pisang dari berbuah 2 kali, Klopp mahu penyokong tuan rumah supaya menyeru semangat 'Anfield' untuk membantu menumpaskan Chelsea malam nanti.

"Kami perlu mencipta 'kuasa' Anfield dan menggunakan kuasa itu sekali lagi. Saya sangat gembira dengan suasana dan sokongan daripada penyokong kami."

"Chelsea adalah pasukan yang kuat dan kami perlu menggunakan segala yang kami ada untuk menang."

Firmino mahu Liverpool fokus sepanjang perlawanan

"Chelsea berada dalam prestasi terbaik sekarang. Kami berpeluang menonton mereka beraksi sebanyak dua kali minggu ini, pada hari Isnin dan Khamis ketika mereka bermain di Prague. Mereka berada dalam prestasi terbaik."

"Mereka membuat 7 pertukaran di antara dua perlawanan tersebut dan masih mampu meraih kemenangan. Eden Hazard berada dalam keadaan terbaik."

"Ia merupakan perlawanan yang penting buat kami. Kami tahu perlawanan ini bukan satu tugas yang mudah."

Sejarah menunjukkan Liverpool sering bergelut apabila bertemu Chelsea di Anfield. Kali terakhir mereka menewaskan Chelsea di Anfield adalah pada tahun 2012. Tidak dilupakan juga peristiwa berdarah 5 tahun lepas dimana Steven Gerrard tergelincir lalu menghadiahkan trofi Liga Perdana Inggeris kepada Manchester City.

Penyerang Liverpool, Roberto Firmino memberi amaran kepada rakan sepasukannya supaya kekal fokus sepanjang perlawanan jika mereka mahu mengutip 3 mata.

Adakah pisang akan berbuah dua kali malam nanti ?

"Ia bakal menjadi satu perlawanan yang hebat. Kami perlu 100 peratus fokus dan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga."

Dalam empat pertembungan terakhir dalam semua pertandingan di antara kedua-dua pasukan, Chelsea menang kesemuanya dan turut mencatat kemenangan ke atas Liverpool di Anfield ketika menyingkirkan anak buah Klopp dari Piala Carabao awal musim ini.




Paparkan Komen