Klopp: Liverpool Tidak Perlu Berbelanja Besar Musim Panas Nanti

Izuddin oleh Izuddin 7 bulan yang lalu

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendedahkan rancangannya untuk masa hadapan dalam pasaran perpindahan pemain sambil memberitahu Liverpool tidak perlu berbelanja besar pada musim panas nanti.

Sebelum ini, Liverpool dilihat antara pasukan bernafsu besar dalam pasaran perpindahan dengan membelanjakan duit yang banyak untuk membawa masuk pemain seperti Virgil van Dijk, Alisson Becker, Fabinho, Xherdan Shaqiri dan Naby Keita.

Klopp berjanji tidak akan boros lagi

Kebanyakan pemain ini tiba di Anfield hasil duit penjualan pemain antarabangsa Brazil, Philippe Coutinho yang berpindah ke Barcelona pada Januari 2018.

Perbelanjaan besar-besaran Liverpool sejak kebelakangan ini nyata membuahkan hasil dengan pasukan tersebut kini mampu memberikan saingan kepada Manchester City dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, tidak seperti sebelum ini.

Di peringkat Eropah pula, Liverpool berjaya mara ke final Liga Juara-Juara Eropah musim lepas sebelum tumpas kepada Real Madrid. Musim ini pula Liverpool berjaya menyingkirkan pasukan gergasi Jerman, Bayern Munich hasil kemenangan penuh bersejarah di Allianz Arena beberapa hari yang lalu.

Kejayaan layak ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah sudah tentu akan memberikan ganjaran lumayan kepada Liverpool dari segi kewangan, tetapi Klopp berkata beliau tidak akan berbelanja besar pada jendela perpindahan yang akan datang.

Sebaliknya, fokus Klopp kini terarah untuk membangunkan pemain yang sedia ada bagi menghadapi cabaran musim hadapan.

Pemain pertahanan termahal dunia dan penjaga gol ke-2 termahal dunia. Semua mahal2

"Saya tidak mahu bercakap lebih lanjut mengenai apa yang akan kami lakukan nanti. Tetapi saya tidak rasa saya perlu membelanjakan wang yang banyak dengan keadaan pasukan Liverpool sekarang."

"Cara yang paling baik adalah mengumpul sekelompok pemain, cuba membentuk mereka menjadi pemain yang lebih baik dan akhir sekali biarkan mereka bersama untuk satu tempoh yang lebih lama."

"Itu mungkin adalah masalah terbesar yang dihadapi Liverpool sebelum ini. Apabila mereka berjaya membentuk sebuah pasukan yang mantap, tidak lama selepas itu pasukan tersebut akan berpecah ke merata tempat di dunia. Saya sangat pasti ia tidak akan berlaku lagi tahun ini."

Liverpool akan berkunjung ke Craven Cottege untuk berhadapan dengan pasukan di tangga ke-2 tercorot, Fulham malam esok. Dengan Manchester City tidak terbabit dalam Liga Perdana Inggeris minggu ini, Liverpool berpeluang untuk merampas tangga teratas jika mereka berjaya mengutip 3 mata dari Fulham.

Liverpool dan Manchester City kini terbabit dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan saingan liga hanya berbaki 8 perlawanan sahaja lagi.

Siapa yang lebih layak ? Cuba la tanya pada peminat Setan Merah. Hanya perasaan hasad dengki dan iri hati sahaja menafikan kepoweran Liverpool

Klopp juga turut memberikan pandanganya terhadap pasukan mana yang akan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris dari sudut neutral.

"Saya rasa jika anda seorang peminat Everton, anda akan muntah memikirkan Liverpool akan muncul juara liga."

"Kenapa orang luar perlu menyukai Liverpool ? Ini adalah bola sepak. Asalkan mereka tidak membenci kami kerana ia agak keterlaluan."

"Kami hanya perlu fokus pada perkara yang kami mampu capai."




Paparkan Komen