Klopp: Liverpool Intai Kedudukan Manchester United

Izuddin oleh Izuddin 3 bulan yang lalu

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah menetapkan sasaran bagi pasukannya untuk merampas kedudukan ke-2 liga yang kini diduduki oleh Manchester United.

Mohamed Salah dan Roberto Firmino muncul wira buat Liverpool selepas masing-masing mencatatkan satu jaringan gol bagi membantu The Reds menewaskan Southampton 2-0 awal pagi semalam.

We are coming for u Moan-rinho !!!

Kemenangan yang diraih Liverpool di gelanggang lawan hadir beberapa jam selepas Manchester United tewas 1-0 di tangan Newcastle dalam perlawanan yang berlangsung di St. James Park.

Dengan kemenangan tersebut, Liverpool hanya dipisahkan dua mata dengan Manchester United dengan kedua-dua pasukan ini bakal bertemu sekali lagi pada pertengahan bulan depan di Old Trafford.

Klopp ketika berucap kepada pemberita selepas melihat pasukannya mencatatkan kemenangan ke-15 mereka musim ini, telah melaungkan amaran kepada pasukan bimbingan Jose Mourinho.

"Saya tidak tahu United mengalami kekalahan sebelum perlawanan kami bermula tetapi kami tahu kedudukan di antara dua pasukan ini tidak jauh."

Pemain pertahanan dunia kekal tenang walaupun diejek sepanjang perlawanan

"Kami akan bertemu Manchester United sekali lagi musim ini. Bagi Liverpool, sasaran 54 mata dalam Liga Perdana Inggeris musim ini adalah sangat penting."

"Apa yang pasukan lain lakukan tidak akan memberi sebarang kesan kepada Liverpool. Kami hanya perlu memastikan kami memenangi kesemua perlawanan selepas ini bagi terus memberi tekanan kepada United."

Klopp turut memberikan komen mengenai aksi pertama pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk menentang bekas kelabnya, Southampton. Dalam perlawanan tersebut, Van Dijk diejek penyokong tuan rumah setiap kali beliau memegang bola.

"Van Dijk beraksi baik dan beliau menangani situasi tersebut dengan sangat cemerlang. Saya ada berbincang dengan beliau sebelum perlawanan bermula untuk bertanya apa pendapatnya. Van Dijk tiada sebarang masalah untuk bermain di stadium ini."

Bintang Liverpool yang bakal merumput di La Liga pada masa hadapan

"Saya tidak mahu menjadikan beliau gementar. Tetapi jelas sekali beliau tidak mempunyai sebarang perasaan gementar."

Jentera serangan Liverpool telah menerima banyak pujian dari pihak media dan penyokong bolasepak. Firmino dan Salah merupakan dua watak penting dalam kejayaan Liverpool musim ini, dengan 49 gol telah dihasilkan mereka berdua dalam semua pertandingan setakat ini.

"Saya fikir Sergio Aguero dan Harry Kane adalah pemain yang sangat bagus, tetapi Salah dan Firmino adalah pemain yang sangat penting buat pasukan kami."

"Saya bukan sahaja meminati skill dan sikap mereka, tetapi juga mereka juga sanggup bekerja keras buat pasukan."




Paparkan Komen