The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Klopp Bukan Jurulatih Yang Bagus Dan Melayan Balotelli Seperti ****

Encik Bakri pada September 4, 2016

Super Ejen, Mino Raiola orang yang bertanggungjawab membawa Pogba ke Manchester United juga merupakan ejen kepada Mario Balotelli menyifatkan layanan Jurgen Klopp terhadap Balotelli adalah sangat teruk dan macam t*** (Piece Of S**t).

Kriktikan itu dibuat selepas Balotelli meninggalkan Liverpool untuk beraksi bersama Nice denga kontrak selama setahun. Baloteeli telah disishkan dari skuad Pra-Musim Liverpool dan sepanjang tempoh itu Balotelli telah berlatih bersama skuad simpanan selepas Klopp menjelaskan beliau tiada dalam perancangan musim ini.

Mino Raiola yang menjadi ejen kepada Zlatan Ibrahimovic, Paul Pogba, Romelu Lukaku dan Henrikh Mkhitaryan kecewa dengan layanan yang diterima oleh pemain di bawah kendaliannya. Raiola juga berkata beliau bukan mahu menilai Klopp sebagai jurulatih tetapi bagi beliau Klopp bukanlah seorang jurulatih yang bagus kerana Klopp tidak memahami bahawa Balotelli masih seorang individu dan juga manusia.

“Mario telah menunjukkan contoh yang baik. Dia tidak pernah merungut kerana berlatih bersendirian. Untuk mengatakan adalah salah buat Klopp adalah satu kenyataan yang diperkecilkan, dia sebenarnya ‘amat mengarut’ terhadap apa yang telah berlaku (he was a piece of s— about it.”).”

Balotelli mensasarkan untuk dipanggil semula menyertai pasukan kebangsaan Itali selepas menolak tawaran dari sekitar Eropah untuk menyertai Nice, dedah Raiola.

“Memang terdapat pelbagai tawaran di Itali, Jerman, England dan Sepanyol tapi kami memilih Nice,” kata Raiola. “Liga Perancis adalah menarik dan mengmalkan bola sepak menyerang.

“Pasukan kebangsaan adalah satu tema yang Mario sukakan tapi dia harus fokus kepada Nice dan prestasi kelab itu.

“Jika pasukan kebangsaan memerlukannya, kami akan melakukan yang lain-lain tapi buat masa ini, dia harus hanya memikirkan untuk kembali beraksi di atas padang.”

Balotelli telah membuat 33 penampilan untuk Itali tapi pemain berusia 26 tahun itu tidak pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan sejak 2014.


Download aplikasi The Sukan di Google Play