The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Klopp Bertemu Dua Jenis Manusia Di Liverpool Sejak Dilantik

Encik Bakri pada October 17, 2015

London: Jurgen Klopp menuntut pemain bintang Liverpool yang semakin tenggelam untuk membuktikan kebolehan masing-masing ketika pengurus baru Reds itu mengharungi aksi pertamanya di Liga Perdana dengan menentang Tottenham, malam ini.

Semua tumpuan pasti terarah kepada Klopp di White Hart Lane selepas pengendali kelahiran Jerman itu dilantik menggantikan Brendan Rodgers yang dipecat.

Rekod cemerlang jurulatih berusia 48 tahun itu sepanjang membimbing Borussia Dortmund melonjakkan namanya selaku antara jurulatih terbaik Eropah dan itulah yang diharapkan penyokong Liverpool supaya beliau dapat menaikkan semula maruah Reds yang tercalar teruk.

Tetapi, ketika Liverpool sekadar menduduki tangga ke-10 selepas hanya mencatat satu kemenangan sepanjang sembilan perlawanan dalam semua pertandingan, Klopp sedar bukan mudah baginya untuk duduk setanding dengan pengurus yang pernah dianggap legenda di Anfield seperti Bill Shankly, Bob Paisley dan Kenny Dalglish.

“Saya bertemu dua jenis manusia sejak minggu lalu. Sebahagian besar daripada mereka berkata ‘Kami akan menang liga’ dan tidak kurang juga yang memandang saya sambil berkata ‘Apa yang anda sudah buat? Mengapa anda ada di sini?’,” kata Klopp.

“Bagi saya, kedua-dua pendapat itu tidak tepat buat masa ini. Memang tidak seronok memikirkan apa orang lain fikir mengenai kami.”

Ketika Klopp masih berhati-hati mendedahkan cita-cita serta sasarannya, beliau sudah mengenal pasti satu masalah utama yang perlu diselesaikan jika Liverpool mahu kembali ke landasan sebenar.

Beliau percaya, pemain dibelenggu perasaan takut gagal dan justeru, meminta semua anak buahnya supaya melupakan apa saja kesilapan yang berlaku sebelum ini.

“Ada beberapa perkara yang boleh anda ubah serta merta – mentaliti, kesediaan,” kata Klopp.

“Untuk benar-benar bergerak sebagai satu pasukan, ia akan mengambil masa tetapi saya tidak berminat untuk tahu apakah masalah yang akan kami hadapi Sabtu (malam) ini.

“Saya mahu lihat pemain beraksi dengan penuh keberanian sambil keseronokan terpancar di mata mereka.”


Download aplikasi The Sukan di Google Play