Klopp Anggap Liverpool Masih Berada Dalam Fasa Awal Pembangunan

Izuddin oleh Izuddin 1 bulan yang lalu

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendakwa pasukannya masih lagi berada dalam fasa awal dalam pembangunan mereka apabila berjaya menundukkan Fulham 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Craven Cottege malam tadi.

Dengan kemenangan ini, Liverpool berjaya meramapas kedudukan teratas dalam carta Liga Perdana Inggeris dari Manchester City dengan kelebihan 2 mata.

Ini baru permulaan. Next Year is Our Year lagi kah ?

Walau bagaimanapun, Manchester City masih kelebihan 1 perlawanan ke atas Liverpool kerana penglibatan mereka dalam Piala FA.

Pemain antarabangsa Senegal, Sadio Mane meneruskan prestasi cemerlang beliau sejak kebelakangan ini dengan membuka jaringan buat The Reds ketika bertemu Fulham semalam.

Ketika perlawanan memasuki babak ke-2, pemain pertahanan termahal dunia Virgil van Dijk melakukan kesilapan apabila menanduk lemah bola yang ingin dihantar kepada penjaga gol, Alisson Becker.

Bekas pemain Liverpool, Ryan Babel bijak menghidu peluang dan berjaya menghukum kesilapan Van Dijk untuk menjaringkan gol penyamaan buat Fulham.

Ketika perlawanan seakan-akan bakal berakhir dengan keputusan seri, muncul pengadil menjadi penyelamat kepada Liverpool dengan menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-80. Penjaga gol Fulham didakwa menarik jatuh Mane dalam kotak penalti selepas bola tangkapannya terlucut dari dakapan.

Mane terus mengancam

Kapten Liverpoo, James Milner tenang mengambil sepakan penalti tersebut untuk memberikan 3 mata berharga kepada pasukannya bagi mencerahkan peluang mereka untuk merangkul trofi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Klopp berkata beliau gembira dengan keputusan yang dicatat anak buahnya kerana mereka berjaya bangkit dari kesusahan untuk mencipta kemenangan.

"Saya lebih suka keputusan 2-1 dari 1-0 kerana kami berjaya bangkit dari situasi seperti dalam perlawanan tadi. Saya rasa kami berhak untuk memenangi perlawanan itu. Ia merupakan perlawanan yang biasa tetapi keputusan yang cukup hebat."

"Separuh masa pertama kami kelihatan agak berkarat. Separuh masa kedua kami sepatutnya mematikan perlawanan. Pada kedudukan 1-0, jika kami gagal mematikan perlawanan, mereka akan menghukum kami."

"Babel berada di tempat yang betul [untuk menjaringkan gol]. Itulah bola sepak. Fulham berhak untuk mendapatkan gol tetapi kami berhak menang. Ia merupakan tengahari yang cemerlang buat kami."

Babel bijak menghidu peluang

Kemenangan ke atas Fulham melengkapkan minggu yang cukup cemerlang buat Liverpool dimana mereka berjaya mengalahkan Bayern Munich dan Burnley sebelum diundi bertemu Porto dalam pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

"Kami bermain menentang Burnley, Bayern Munich dan Fulham. Ia seperti anda terlibat dalam 3 jenis yang berbeza dan sudah tentu ia agak sukar."

"Kami bermula baik [menentang Fulham] dan melakukan banyak perkara dengan bagus tetapi kami hilang sedikit rentak. Saya bukanlah pengurus yang paling berpengalaman. Saya berdepan masalah yang sama selepas terlibat dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah."




Paparkan Komen