Kisah Penuh Inspirasi Dari Salah Untuk Menjadi Pemain Bola Sepak Ternama

Share on facebook
Share on twitter

Sejak tiba di bumi Merseyside dari AS Roma pada bulan Julai yang lalu, Salah telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan melebihi dari apa yang diharapkan. Salah menjaringkan 36 gol dalam penampilan bersama The Reds.

Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan dari segi masa, tenaga serta kehidupan diadun pula dengan kerja keras tanpa mengenal erti putus asa. Inilah yang dilakukan oleh Mohamed Salah yang kini menjadi fenomena di Premier League.

Mohamed Salah dilahirkan di Basyoun pada 15 Jun 1992. Selepas 17 tahun lahir ke dunia yang fana yang penuh dengan pancaroba ini, Salah telah melakukan debut sebagai kesebelasan utama untuk pasukan Arab Contractors.

Mohamed Salah menceritakan kembali kisah dan perjalanan hidupnya yang penuh berliku untuk menjadi pemain profesional seterusnya menjadi pemain bola sepak handalan dunia seperti hari ini. Ikuti kisah Salah yang dipetik dari Liverpool FC.

Mohamed Salah : Satu Permulaan

Aku mula jatuh cinta dengan bola sepak sejak aku kecil lagi, pada umur sekitar 7 atau 8 tahun. Aku masih ingat, aku sentiasa menonton perlawanan Champios League dan cuba untuk menjadi seperti Ronaldo Brazil, Zidane dan Totti apabila bermain bola dijalanan bersama rakan-rakan. Aku sangat gemarkan pemain seperti ini, pemain yang mampu mencipta keajaiban.

Aku juga bermain bola sepak bersama abang aku namun beliau tidaklah bagus sangat. Tidak sebagus sebagaimana aku. Aku mempunyai rakan-rakan yang sentiasa bermain bola sepak dan aku bermain bersama mereka.

Aku mempunyai seorang kawan yang lebih tua daripada aku dan beliau selalu memberitahu aku :

“Kau akan jadi seorang pemain bola sepak ternama suatu hari nanti.”

Kemudian beliau telah menjadi rakan karib aku, dulu kini dan selamanya.

Salah tidak mendapat tempat di Chelsea

Semasa aku berusia 14 tahun aku telah menandatangan kontrak pertama bersama pasukan Arab Contractors (El Mokawloon) dan dari sinilah kerjaya profesional aku bermula. Saat itu merupakan satu masa yang sangat sukar bagi aku.

Pada asalnya aku telah bermain bersama kelab yang terletak sejauh setengah jam perjalanan dari kampung aku di Basyoun. Kemudian aku telah diikat oleh sebuah kelab di Tanta yang berjarak sejam setengah masa perjalanan.

Dari sinilah aku mendapat peluang untuk bersama Arab Contractors (El Mokawloon) yang terletak di Cairo. Untuk ke latihan aku mengambil masa selama 4 jam sehingga 4.5 jam perjalanan, 5 kali seminggu latihan.

Jadi aku terpaksa pulang awal dari sekolah untuk perjalanan ke tempat latihan. Aku pergi ke sekolah dari jam 7 pagi sehingga 9 pagi sahaja kemudian aku meminta kelab untuk mengeluarkan surat kepada pihak sekolah yang menyatakan :

“Mo boleh pulang lebih awal supaya dapat tiba di kelab sebelum jam 2 petang untuk latihan.”

Jadi aku hanya menghabiskan masa selama 2 jam sahaja di sekolah pada masa itu. Aku fikir, sekarang mungkin aku akan menghadapi kesukarana hidup jika aku tidak menjadi seorang pemain bola sepak.

Lima hari seminggu dan setiap minggu selama 3 atau 4 tahun, aku mengharungi perjalanan untuk ke tempat latihan. Dari sekolah aku bertolak pada jam 9 pagi dan aku tiba ditempat latihan sekitar jam 2 atau 2.30 petang.

Tonggak utama pasukan Mesir.

Latihan bermula pada pukul 3.30 atau 4 petang. Latihan akan tamat pada jam 6 petang. Kemudian aku akan mengharungi perjalanan yang panjang untuk pulang ke rumah. Sekitar jam 10 atau 10.30 malam aku tiba. Aku makan, tidur dan bangun untuk mengulangi rutin yang sama.

Untuk pergi dan balik dari tempat latihan aku tidak mengambil satu bas sahaja. Aku harus menukar bas sebanyak 3 atau 4 kali kadang-kadang 5 kali untuk sampai dan untuk pulang sama juga.

Seperti aku khabarkan inilah saat sukar dalam hidup aku tetapi ketika itu aku masih muda dan aku mahu menjadi pemain bola sepak, aku mahu menjadi nama besar. Aku mahu menjadi seorang yang istimewa.

Aku tidak boleh berjanji kepada orang apa akan aku jadi pada masa depan namum aku sentiasa bertekad bahawa ‘Aku menjadi seorang yang istimewa.’ Aku bukanlah siapa-siapa, seorang budak berusia 14 tahun dengan satu impian. Aku tidak tahu ini akan terjadi tetapi aku mahu memastikan impian aku tercapai.

Aku masih ingat dengan jelas segala yang aku lalui pada zaman remaja. Tetapi sukar untuk aku nyatakan pada umur berapa aku sedar bahawa aku mampu membina kerjaya dalam bola sepak. Semasa berusia 16 atau 17 tahun, semuanya mula menjadi penting bagi aku.

Aku telah bersama pasukan utama, jadi aku semakin hampir untuk menjadi sesuatu. Tetapi sebelum itu aku masih muda dan hanya mahu bermain bola sepak dan menikmatinya. Aku takut jika tidak dapat menjadi seorang pemain bola sepak.

Liverpool di hatiku.

Aku telah mencuba sebaik mungkin dan berharap pada pengakhirannya segalanya baik-baik saja. Segalanya menjadi semakin besar semasa melakukan debut untuk pasukan utama ketika berusia 16 tahun.

Jika aku tidak menjadi seorang pemain bola sepak, aku tak tahu apa yang akan terjadi kerana sejak usia 14 tahun lagi aku telah bermain bola, apa yang bermain di fikiran aku adalah untuk menjadi pemain bola sepak.

Ada yang bertanya soalan, ‘Apa aku akan jadi?’ Sangat sukar untuk diucapkan keran tiada perkara lain dalam fikiran aku. Jika aku bukan seorang pemain bola sepak yang bagus, aku pasti kehidupan aku akan menjadi sukar sekarang kerana aku telah memberikan segalanya untuk bola sepak.

Apabila aku mengenang kembali kenangan aku semasa bersama pasukan Arab Contractors (El Mokawloon) itu merupakan satu kenangan yang terbaik. Aku muda dan aku mempunyai impian.

Itulah kisah perjalanan Mo Salah yang terpaksa mengorbankan usia remajanya untuk bola sepak berbanding remaja macam kau yang lebih rela berkorban masa untuk menjadi budak WeChat. Kini salah berjaya membawa Mesir ke Piala Dunia dan Dipilih sebagai pemain terbaik Afrika.

Dua Jaringan Mohamed Salah Membawa Mesir Ke Piala Dunia Russia 2018

Dua jaringan daripada Mohamed Salah telah membawa Mesir ke Piala Dunia Russia 2018. Ini merupakan kali pertama Mesir layak ke Piala Dunia sejak tahun 1990.

Jaringan penalti Mohamed Salah pada minit ke-94 permainan memberi kemenangan 2-1 Mesir ke atas Congo sekaligus mengesahkan Mesir sebagai juara kumpulan.

Mesir menjadi negara Afrika kedua yang layak selepas Nigeria.

Nyata pengulas perlawanan tidak mampu menahan sebak dan menangis di atas kejayaan Mesir ke Piala Dunia sambil memanjat syukur ke hadrat Ilahi dengan tidak henti mengucapkan

“ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALHAMDULILLAH.”

https://www.facebook.com/ifootballplanet/videos/1857729237575200/

Rangkuman penuh perlawanan dalam video di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=LaYADht_3ro

Salah Menang Anugerah BBC African Footballer of the Year 2017

Ya tidak Salah lagi apabila pemain berbisa Liverpool dan pembelian paling berbaloi-baloi musim ini, Mohamed Salah telah diundi untuk menjadi pemenang anugerah BBC African Footballer of the Year 2017.

Salah muncul pemain terbaik benua Afrika dengan mengetepikan pecabarnya yang lain seperti Pierre-Emerick Aubameyang, Naby Keita, Sadio Mane dan Victor Moses untuk meraih anugerah ini buat pertama kali dalam kerjayanya.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah Salah apabila diberi trofi kemenangan dan ketika bercakap kepada BBC Sport, Salah berkata :

“Salah sangat gembira menang anugerah ini, ini sesuatu yang sangat istimewa bagi Salah.”

“Salah juga mahu memenangi anugerah ini lagi tahun hadapan.”

“Salah berterima kasih kepada semua, rakan sepasukan dan orang-orang yang berkerja bersama Salah.”

“Salah sangat gembira bersama Liverpool. Salah membuat permulaan yang baik bersama kelab dan pengurus.”

“Musim lalu Salah melalui musim yang bagus dengan Roma dan Salah juga berterima kasih kepada rakan sepasukan di pasukan kebangsaan.”

Salah kini melalui musim cemerlang di Premier League setakat ini dengan menjaringkan 19 gol untuk gergasi Merseyside itu. Salah juga memainkan peranan penting apabila membawa Mesir ke Piala Dunia tahun hadapan.

Dalam kempen kelayakan Piala Dunia, Salah telah terlibat dalam semua gol yang dijaringkan oleh Mesir dengan 5 gol dan 2 bantuan gol.

Salah merupakan pemenang ketiga anugerah ini berturut-turut dari Premier League. Yaya Toure dari Menachester City menang pada tahun 2015, Riyad Mahrez tahun lalu bersama Leicester City.

Share on facebook
Share on twitter