The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Gambar: Rakyat News

Kim Swee Tidak Terkilan Dengan Dua Pemain JDT Yang Tiba-Tiba Pulih Daripada Kecederaan

Encik Bakri pada September 3, 2016

Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, tidak terkilan dengan sikap dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi Roslan dan Fazly Mazlan, yang tiba-tiba pulih daripada kecederaan masing-masing.

Kim Swee ketika mengumumkan senarai 24 pemain untuk aksi persahabatan menentang Indonesia tempoh hari,mengesahkan Izham dan Fazly terpaksa diketepikan pada saat-ssat akhir.

Keputusan itu diambil selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima laporan pengurusan JDT bahawa kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan dan dikatakan memerlukan rehat panjang.

Begitupun, Izham dan Fazly kelihatan bebas daripada sebarang kecederaan apabila berlatih bersama kelab mereka, semalam.

IKim Swee yang diminta mengulas perkembangan itu, berkata itu terpulang kepada pihak JDT.

“Apabila mereka berlatih dengan pasukan JDT, mungkin mereka sudah pulih sepenuhnya ataupun belum.

“Jadi, di pihak FAM, kami tidak mempunyai masalah apa yang mereka lakukan.

“Yang penting kami telah berkomunikasi antara satu sama lain,” katanya dalam sesi latihan pasukan kebangsaan hari ini.

Beliau enggan terlalu memikirkan isu itu kerana keputusan untuk menggantikan Izham dan Fazly sudah dibuat.

Pengendali berusia 46 tahun itu sebaliknya mahu memberi sepenuhnya tumpuan untuk membentuk skuad ampuh bagi menghadapi skuad Garuda di Solo nanti.

“Saya masih mencuba lagi beberapa posisi di mana saya perlu melihat dengan lebih teliti lagi siapa yang akan diturunkan dalam kesebelasan utama.”

sumber : Stadium Astro


Download aplikasi The Sukan di Google Play