Khalid Ali Memberi Bayangan Siapa Pembocor Maklumat FAM

Encik Bakri 8 bulan yang lalu

Legenda bola sepak negara Khalid Ali memberi bayangan bahawa individu yang membocorkan maklumat dalaman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah dalam kalangan pengurusan teknikal tertinggi ba­dan induk tersebut.

Mendakwa dia tahu siapa individu itu, bintang bola sepak era 70 dan 80-an itu bagaimanapun enggan me­n­dedahkan nama nya sebalik­nya menyerahkan kepada FAM untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Itu awak (me­­dia) kena ta­nya Datuk Hamidin (Mohd. Amin, Setiausaha Agung). Saya fikir FAM akan am­bil tindakan untuk men­­dedahkan siapakah yang membocorkan maklumat mengenai badan induk tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Khalid mene­gaskan sekiranya FAM tidak men­dedahkan nama individu berkenaan maka dia tidak teragak-agak untuk memberitahu pembocor maklumat tersebut kepada umum.

“Jika FAM tidak dedahkan saya tiada masalah untuk memberitahu siapa pembocor maklumat itu. Individu tersebut mungkin dari kalangan pengurusan teknikal ter­tinggi FAM. Individu tersebut juga bersama orang luar maksud saya bergaul dengan orang berpe­ngaruh dalam bola sepak tempatan.

“Lagi satu, individu itu juga bersekongkol dengan salah seorang jurulatih yang tidak bekerja dengan FAM,” dakwanya lagi.

Baca : Khalid Ali Anggap Satu Malaysia “DIKENCING” Oleh Isu Pendrive

Sebelum ini, Khalid mendakwa dia dan FAM tahu siapa dalang yang membocorkan maklumat me­ngenai badan induk tersebut.

Arena bola sepak tempatan se­­belum ini kecoh dengan isu pe­­­ma­cu pena yang didakwa me­ngan­dungi pelbagai maklumat me­ngenai ketirisan dan salah laku badan induk bola sepak negara seperti didakwa oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Namun, isi kandungan pe­ma­cu pena itu kemudian didapati ha­nya mengandungi maklumat teknikal dan perancangan pembangunan bola sepak negara se­perti yang disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut memaklumkan bahawa laporan dalam alat pe­ranti itu bebas daripada sebarang unsur rasuah.

Sumber : Utusan Online