The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Khairul Idham Pawi Pelumba Pertama Malaysia Juara Moto3 Di GP Argentina

Encik Bakri pada April 4, 2016

Kuala Lumpur: Khairul Idham Pawi mencipta sejarah untuk Malaysia apabila muncul pelumba pertama negara menaiki podium tempat pertama Kejuaraan Motosikal Dunia selepas mendominasi saingan Moto3 Grand Prix Argentina.

Pelumba Honda Team Asia yang baru berusia 17 tahun itu yang bermula di petak ketujuh, mempamer tunggangan bergaya apabila mendominasi saingan sejak awal perlumbaan.

Pelumba rookie negara itu melepasi garisan penamat dengan kelebihan 26.170 saat berbanding Jorge Navarro dari pasukan Estrella Galicia (Sepanyol) di tempat kedua dan Brad Binder dari Afrika selatan yang menunggang motosikal KTM di tempat ketiga.

Malang menimpa seorang lagi pelumba negara Adam Norrodin dari pasukan SIC Racing Team yang terjatuh ketika menghampiri garisan penamat selepas bersaing sengit dengan Navarro untuk kedudukan kedua.

Apa yang menarik adalah semangat Adam Norrodin menolak motosikal beliau hingga garisan penamat untul menduduki tangga ke-11 dan mengutip 5 mata.

Pencapaian terbaik pelumba negara sebelum ini menerusi Zulfahmi Khairuddin yang meraih podium kedua pada GP Malaysia 2012 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Kedudukan Perlumbaan Moto3 Grand Prix Argentina

khairul-idham-pawi-pelumba-pertama-malaysia-juara-moto3-di-gp-argentina-moto3-standing