Khairul Helmi Johari – Pemain Bola Merangkap Tentera, Penyanyi, Pelakon dan Suka Memburu!

Eikrem 3 bulan yang lalu

Khairul Helmi Johari mungkin dikenali sebagai seorang pertahanan merangkap kapten pasukan Kedah, namun jika dilihat daripada akaun Instagramnya, Khairul Helmi adalah seorang yang serba boleh. Mungkin dia belum mencapai tahap dewa seperti Johnny Sins, tetapi sedar tak sedar, Khairul Helmi juga sebenarnya telah mengharumkan nama negara menerusi filem-filem lakonannya, selain pernah beraksi di pentas MMA!

Kalau hangpa tak caya mai tengok kat bawah.

Pernah Berkhidmat Sebagai Tentera

have nice day geng

A post shared by khairul_helmi (@khairulhelmi13) on

Kalau dilihat daripada latar belakang gambar ni, mungkin ketika ini Khairul Helmi bertugas di Syria atau Yaman, dan dia berkhidmat di bawah panji PBB.

squad berkuda.

A post shared by khairul_helmi (@khairulhelmi13) on

Selain dihantar untuk misi keamanan, Khairul Helmi juga pernah berkhidmat dalam Unit Cavalry Tentera Britain!

morning gentlemen. .ready takeoff boarder checking sukhoi SU-35

A post shared by khairul_helmi (@khairulhelmi13) on

Selain itu, Khairul Helmi turut berkhidmat sebagai juruterbang pesawat Sukhoi SU-35 TUDM.

Khairul Helmi Sebagai Pelakon

Mungkin peminat industri hiburan di Malaysia lebih mengenali nama-nama pelakon seperti Rosyam Nor, Faizal Hussein, Aaron Aziz atau Zul Arifin, namun ramai yang tidak tahu bahawa Khairul Helmi juga sebenarnya berlakon, tapi bukan di Malaysia, di Hollywood!

van diesel kata "oh boy" 🤙😎

A post shared by khairul_helmi (@khairulhelmi13) on

Khairul Helmi mempromosi filem Furious 8 lakonannya bersama Van Diesel.

madness!! 🛡🛡🛡⚔️⚔️⚔️

A post shared by khairul_helmi (@khairulhelmi13) on

Gambar di atas pula adalah aksi Khairul Helmi dalam filem 300.

letih ok

A post shared by khairul_helmi (@khairulhelmi13) on

Ini pula sedutan filem Snatch, lakonannya bersama Jason Statham.

We don't have to talk We don't have to dance we don't have to smile we don't have to make a friends ⚔️

A post shared by khairul_helmi (@khairulhelmi13) on

Kepada yang tidak tahu, Hugh Jackman tidak lagi akan beraksi sebagai Wolverine. Ini kerana pengarah filem X-Men sudah temui pelakon yang baru!

Khairul Helmi Sebagai Penyanyi

Muzik juga turut menjadi kegemaran pemain serba boleh ini. Berikut adalah antara aksi-aksi dan detik-detik pengelibatan Khairul Helmi dalam industri muzik dunia dan dia sudi kongsikan bersama para peminat.

"Trust in my self righteous suicide" #Soad #chopsuey

A post shared by khairul_helmi (@khairulhelmi13) on

Jangan terkejut. Mungkin ramai peminat System of a Down tidak tahu Khairul Helmi adalah tulang belakang kumpulan dangdut ini.

Tahu tak kenapa setiap kali Sia menyanyi dia tidak mengadap penonton? Sebab Khairul Helmi nak sembunyikan identiti sebenarnya. Nanti susah dia nak main bola lagi, nak buat konsert lagi.

lama tak goreng. .boleh mintak pilihan lagu anda. .kemon!

A post shared by khairul_helmi (@khairulhelmi13) on

Dengan tengan beliau bermain gitar sambil tersenyum. Power!

Khairul Helmi Sukan Memburu

Selain memburu impian untuk menjadi pemain bola sepak terbaik Malaysia, Khairul Helmi sebenarnya suka memburu. Literally.

welldone boy

A post shared by khairul_helmi (@khairulhelmi13) on

Seekor rusa tewas di tangannya ketika memburu di Pergunungan Andes, Peru.

beautiful day

A post shared by khairul_helmi (@khairulhelmi13) on

Rusa ini pula ditewaskan di Pergunungan Rocky, Amerika Syarikat.

"berakhirlah kerisauan penduduk sg petani"

A post shared by khairul_helmi (@khairulhelmi13) on

Pernah sekali Khairul Helmi pergi ke sungai untuk memancing belida, tapi diserang buaya. Akibatnya, buaya tersebut tewas di tangan Khairul Helmi!

Тебе не скрыться от любви… Бесполезно…

A post shared by khairul_helmi (@khairulhelmi13) on

Dalam satu rombongan memburu di Amazon, Brazil, kumpulan Khairul Helmi diserang seekor babi hutan. Dengan senafas babi hutan ini ditewaskan.

Sebenarnya ada banyak lagi sisi lain Khairul Helmi yang tidak diketahui oleh para peminat. Kalau nak tahu semua aktiviti pemain serba boleh ini, para peminat boleh tengok sendiri di Instagramnya.