Khairul Anuar Baharum Dicari SPRM Untuk Bantu Siasatan Kes Rasuah

Encik Bakri oleh Encik Bakri 6 bulan yang lalu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dan mencari bekas pemain pertahanan kebangsaan, Khairul Anuar Baharum atau juga dikenali sebagai Ah Chong bagi membantu siasatan
berhubung kes mengatur keputusan perlawanan.

Kes mengatur perlawanan ini membabitkan pasukan Liga Perdana Malaysian Indian Sports Council-Malaysia Indian Football Association (MISC-MIFA).

Menurut Berita Harian, jurucakap SPRM telah berkata :

"SPRM meminta Ah Chong yang pernah bermain bersama skuad Selangor dan Negeri Sembilan hadir ke ibu pejabat SPRM secepat mungkin bagi membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan."

"Jika gagal berbuat demikian, katanya, tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap bekas pemain itu mengikut peruntukan undang-undang yang ada."

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Ah Chong juga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penguasa Mohd Fadzli Alias di talian 03-88867000 atau 018-2744533.




Paparkan Komen