Khabib Nurmagomedov Memperlekehkan McGregor

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 hari yang lalu

Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov telah melancarkan serangan terbaru kepada musuh paling ketatnya di Ultimate Fighting Championship(UFC) yang juga petarung bermulut celupar, Conor Anthony McGregor.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan dari mulut Khabib Nurmagomedov yang sentiasa tidak lekang dari ucapan Alhamdulillah menyifatkan Dustin Poirier merupakan lawan yang lebih sukar berbanding sensasi UFC dari Ireland itu.

Petarung dari Russia itu telah mencipta fenomena apabila berjaya mempertahankan gelaran juara lightweight UFC dengan menewaskan Dustin Poirier melalui satu jatuhan penyerahan(submission) pada pusingan ketiga.

Sememangnya ada benarnya juga kata-kata yang diungkapkan Khabib itu kerana Poirier sangat liat dan berjaya bertahan hingga pusingan ketiga selepas teruk digomol Khabib dalam dua pusingan sebelumnya.

Khabib juga hampir saja tewas dengan cekikan guillotine Poirier sebelum berjaya melepaskan diri dek kerana Poirier sudah kehabisan tenaga untuk meneruskan cekikan dan rontaan Khabib.

"Poirier secara fizikal sangat kuat. Aku tidak menjangka beliau mempunyai kualiti sebegitu."

"Aku sudah bersiap sedia untuk menghadapi cekikan guillotine dan membenarkan Piorier untuk mencengkam leher aku dan membuatkan beliau menghabiskan tenaga dan kuasa."

"Tetapi aku mengambil semula inisiatif ini, Poirier ternyata menjadi lawan yang sangat serius, jauh lebih sukar berbanding McGregor."

Dalam aksi UFC 242, Dustin Poirier ditewaskan Khabib Nurmagomedov menerusi submission pada pusingan ke-3. Namun di atas semangat kesukanan di antara kedua-dua petarung UFC itu mendapat perhatian media dan peminat.

Khabib menyifatkan Poirier sebagai seorang lawan yang harus dihormati dan dicontohi. Ini kerana Poirier sangat menghormati lawannya.

Khabib Nurmagomedov menyatakan beliau gembira pertarungan kali ini menggambarkan pertarungan MMA sebenar yang penuh rasa saling menghormati. Tiada sembang sampah seperti yang berlaku ketika pertarungan beliau dengan Conor McGregor sebelum ini.

Khabib menyeru semua petarung UFC saling menyokong usaha murni yang dilakukan atlet UFC lain walaupun mereka musuh di dalam octagon.

Selepas kemenangan ini, Khabib tidak lagi berminit untuk bertarung dengan McGregor dan Dustin Poirier pula telah menyuarakan cabaran beliau kepada Conor McGregor untuk perlawanan ulangan.

"Aku fikir pertarungan semula antara aku dan McGregor lebih masuk akal ketika ini."

Namun cabaran Poirier itu telah disambut McGregor dengan sindiran dan kata-kata kesat.

"Aku pernah tumbangkan kau dalam tempoh 90 saat bro. Kau patut tunjukkan sedikit rasa hormat bila kau sebut nama aku."

"'Bukan McGregor yang seterusnya' Motherf**k*r(mak kau ijau), ia sentiasa McGregor."

"McGregor adalah matlamat! Sentiasa! Katakan sekarang dan aku akan memikirkannya."

McGregor dan Poirier pernah bertarung di UFC 178 ketika kedua-dua pertarung itu beraksi dalam kategori featherweight dan McGregor menang pada pusingan pertama melalui TKO dalam tempoh 90 saat.

Selepas tewas kepada Khabib, McGregor tidak lagi turun ke gelanggang octagon untuk pertarungan dan hanya mampu memukul warga emas di bar yang menyebabkan orang tua itu tidak keluar rumah selama seminggu.

Kejadian ini terjadi di The Marble Arch Pub di Dublin mangsa McGregor kali ini adalah seorang lelaki tua yang sedang menikmati minuman beliau di Pub itu pada 6 April lalu.

Semuanya berpunca daripada tindakan lelaki tua itu menolak minuman yang dipelawa oleh McGregor lantas satu tumbukan dilepaskan ke kepala mangsa.

Lantas kekecohan itu dileraikan dan McGregor dibawa keluar.

https://www.youtube.com/watch?v=I-u1B-pPl_c




Paparkan Komen