Khabib Nurmagomedov Dikatakan Punca Kenapa McGregor Jadi Sopan

Share on facebook
Share on twitter

Conor Mcgregor mengejutkan ramai apabila tampil penuh sopan di sidang media UFC 246 dan situasi ini menyebabkan nama Khabib Nurmagomedov menjadi trending di Twitter.

Anak kepada Pak Manap, Khabib Nurmagomedov dikatakan telah menjadi punca kenapa Mcgregor yang liar dan angkuh itu bertukar menjadi bersopan dan berhemah.

Pada tahun 2018 sebelum pertarungan epik menentang Conor McGregor, Khabib Nurmagomedov pernah menyatakan bahawa beliau akan membuatkan McGregor menjadi ‘humble’.

“Aku mahu menjadikan McGregor rendah diri(humble) dengan sedikit pengajaran dan tidak hanya dengan memukul tetapi mengubah wajah beliau.”

“Aku mahu ubah wajah McGregor. Sudah tentu dengan membaraikan mukanya akan mengubah otaknya juga.” Ujar Khabib.

Selepas pertarungan di mana McGregor terkulai layu dalam pelukan Khbabib, terjadi lagi pergaduhan apabila Khabib menyerang pasukan McGregor.

Dalam UFC 229 yang berlangsung di Las Vegas, Khabib berjaya mempertahankan tali pinggang UFC Lightweight selepas menewaskan McGregor pada pusingan ke-4 menerusi ‘rear-naked choke’.

Namun apa yang mencemarkan pertarungan ini adalah pergaduhan yang meletus selepas pertarungan tamat.

Memasuki awal tahun 2020 kata-kata Khabib seolah-olah menjadi kenyataan dan McGregor menjadi sopan, rendah diri serta menghormati lawan. Tiada lagi carutan.

Disebabkan ini nama Khabib trending di laman Twitter dan dikatakan punca kenapa McGregor menjadi begitu ‘humble’.

Bertubi-tubi McGregor ditanya oleh wartawan mengenai perubahan beliau dan beliau mempertahankan bahawa beliau masih individu yang sama.

“Aku masih budak muda yang sama seperti selalu. Aku masih seorang lelaki yang mempunyai cita-cita dan cuba mencapai bintang, melakukan perkara yang belum dibuat sebelum ini,” Ujar McGregor.

“Aku rasa aku telah memulakan hidup baru. Aku kembali bertenaga dan segar. Kadangkala kita perlu pergi ke tempat tertentu untuk sedar apa perlu dibuat.”

“Aku berterima kasih dan menghargai dapat kembali bertarung di bumi Amerika. Aku mempunyai banyak detik hebat di sini.”

“Aku seorang pejuang dan penghibur, aku datang ke sini dan berikan apa mereka mahu.”

Sikap yang ditampilkan Conor Anthony McGregor jauh berbeza dengan sikapnya sebelum ini yang bermulut celupar mengalahkan makcik puaka dan kurang ajar.

Ketika sidang media MgcGregor bukan sahaja berkelakuan sopan malah sempat melontarkan pujian kepada lawannya itu. Pelik bukan?

McGregor kemudian memuji dan menyatakan bahawa beliau sukakan Cowboy yang merupakan seorang lelaki yang baik malah menghormati lawannya itu.

Ketika sidang media MgcGregor bukan sahaja berkelakuan sopan malah sempat melontarkan pujian kepada lawannya itu. Pelik bukan?

“Tiada seorang pun boleh sentuh aku. Aku dilahirkan untuk permainan ini. Aku jadikan permainan ini seperti yang sepatutnya.”

“Aku akan masuk ke gelanggang dan ingatkan semua orang.”

McGregor kemudian memuji dan menyatakan bahawa beliau sukakan Cowboy yang merupakan seorang lelaki yang baik.

“Aku boleh baca Donald Corrone. Aku sukakan beliau dan beliau seorang yang baik.”

“Aku boleh baca beliau seperti aku baca buku kanak-kanak. Sejujurnya, Cowboy seorang petarung yang baik.”

“Beliau mempunyai helah yang baik dan aku tahu helahnya dan rancangan serta apa yang beliau mahu capai.”

Selepas memuji McGregor mengakui Cowboy mendapat penghormatan daripada beliau.

“Aku hormati beliau walaupun akan berlaku pertumpahan darah pada 18 Januari dan bukan teruk sangat pun.”

“Tapi tetap akan ada darah yang tertumpah, jadi tiada ruang untuk melakukan kesilapan.”

Kemudia McGregor sempat berseloroh dengan memuji kot yang dipakai oleh Cowboy.

“Cantik kot kau bro. Kulit buaya ke tu?” Cowboy segera menjawab itu kulit ular.

Perubahan McGregor menjadi lelaki budiman dan sopan jelas kelihatan dan terbukti ketika beliau berdepan muka ke muka dengan Cowboy.

McGregor telah bersalaman dengan Cowboy dan bertentang mata tanpa sebarang carutan keluar daripada mulut puaka beliau.

Beliau kemudian bersalaman sekali lagi dengan petarung dari Amerika Syarikat sebelum beransur pergi.

Share on facebook
Share on twitter