The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Kesebelasan Utama Pilihan “The Phenomenon”Ronaldo

Encik Bakri pada November 15, 2016

Luís Nazário de Lima dalam satu temuramah bersama FATV telah mendedahkan sebelas pemain terbaik yang menjadi impian beliau. Apa yang mengejutkan adalah seorang pemain penyerang yang menjadi pilihannya.

Berikut merupakan pemain pilihan bekas pemain Brazil, Barcelona, Real Madrid, AC Milan dan Inter Milan ini

Gianluigi Buffon – Penjaga Gol

shevchenko-xi-buffon

Penjaga gol terhebat dan lagenda yang masih beraksi bersama Juventus.

Paolo Maldini – Pertahanan

Gambar : calcio.fanpage.it
Gambar : calcio.fanpage.it

Benteng kebal AC Milan yang memenangi pelbagai gelaran tempatan dan Eropah kecuali Piala Malaysia. Maldini merupakan antara pemain pertahanan terbaik sepanjang zaman.

Fabio Cannavaro – Pertahanan

cannavaro

Pemain pertahanan pertama yang memenangi anugerah Fifa world player of the year pada tahun 2006.

Cafu – Pertahanan

shevchenko-xi-cafu

Pemain pertahanan dan juga kapten Brazil yang mengumpul cap terbanyak dan telah menjuarai dua edisi Piala Dunia.

Roberto Carlos – Pertahanan

roberto-carlos

Pemain pertahanan yang berkepala botak terkenal dengan sepakan lencongnya yang tidak mampu dilakukan oleh mana-mana pemain sehinggalah Faiz Subri melakukannya pada tahun ini.

Zinedine Zidane – Pemain Tengah

Gambar : sports.gentside.com
Gambar : sports.gentside.com

Lagenda pasukan Perancis dan Real Madrid merupakan pemain paling dominan diantara dua abad.

Maradona – Pemain Tengah

maradona-kesebelasan-utama-pilihan-mendiang-johan-cruff

Terkenal dengan gol kontroversi “Tangan Tuhan” semasa menentang England

Andre Pirlo – Pemain Tengah

http://www.mrofi.com/style-man-andrea-pirlo/

Chuck Norris versi bolasepak sentiasa tenang dan tenang dan tenang.

Lionel Messi – Pemain Tengah

soccerinfomania photo
soccerinfomania photo

Messi tidak perlu diceritakan lagi antara pemain terbaik dunia ketika ini.

Pele – Penyerang

pele

Edson Arantes do Nascimento atau Pele, pemain yang disenaraikan oleh Guinness World Records sebagai pemain paling banyak menjaringkan gol dalam kerjaya bolasepak.Pele telah menjaringkan 1283 gol dalam 1366 perlawanan.

Hanya Fakri Saarani sahaja dalam dunia ini dilihat mampu memecahkan rekod tersebut.

Ronaldo – Penyerang

Gambar : reddit.com

Ronaldo yang dimaksudkan di disini adalah Luís Nazário de Lima bukan Cristiano Ronaldo. Ya Ronaldo telah memilih dirinya sendiri untuk bermain dengan pemain-pemain pilihannya.

Ronaldo First XI

ronaldo-first-xi


Download aplikasi The Sukan di Google Play