The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Gambar: New Yorker

Kesebelasan Utama Pilihan Mendiang Johan Cruyff

Encik Bakri pada October 7, 2016

Lagenda bola sepak dunia, Johan Cruyff telah meninggal dunia di Barcelona setelah sekian lama bertarung dengan kanser paru-paru pada Bulan Mac yang lalu. Lagenda ini cukup sinonim dengan permainan total football dan menjadi watak yang sangat penting dalam pembentukan dan penambahbaikan sistem ini.

Sebelum meninggal mendiang sempat mengabadikan pemain kesebelasan utama terbaik pilihannya melalui sebuah autobiografinya, My Turn. Tiada nama Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi yang menjadi pilihan Cruyff. Dibawah merupakan sebelas pemain pilihan Cruyff.

Lev Yashin

soccer-lev-yashin-kesebelasan-utama-pilihan-mendiang-johan-cruff
Image : Getty Images

Ikon negara Russia ini merupakan satu-satunya penjaga gol yang memenangi Ballon d’Or. Lev Yashin memenangi anugerah Ballon d’Or pada tahun 1963.

Carlos Alberto

brazils-carlos-alberto-kesebelasan-utama-pilihan-mendiang-johan-cruff
Image : Getty Images

Pemain pertahanan Brazil yang menjaring satu gol ketika final Piala Dunia 1970. Carlos Alberto menjaringkan gol ke-4 Brazil ketika menewaskan Italy 4-1.

Franz Beckenbauer

berkenbauer-kesebelasan-utama-pilihan-mendiang-johan-cruff
Image : Getty Images

Salah seorang daripada dua orang didalam dunia ini yang menjulang Piala Dunia sebagai pemain dan Pengurus.

Ruud Krol

czechoslovakia-v-holland-european-championship-1976-kroll
Image : Getty Images

Pemain pertahanan yang berbakat ini merupakan salah seorang pemain utama Belanda yang membawa Belanda mara ke perlawanan akhir Piala Dunia pada tahun 1974 dan 1978.

Pep Guardiola

josep-guardiola-of-barcelona-kesebelasan-utama-pilihan-mendiang-johan-cruff
Image : Getty Images

Guardiola merupakan anak didik Cruyff yang paling berjaya sebagai pemain dan pengurus walaupun gurunya tiada gelaran Doktor. Guardiola memecahkan rekod gurunya iaitu 11 kejuaraan dengan memenangi 15 kejuaraan bersama Barca selaku Pengurus.

Alfredo di Stefano

kesebelasan-utama-pilihan-mendiang-johan-cruff-stefano
Image : Real Madrid

Ikon dan lagenda Real Madrid ini telah memenangi 5 kali Piala Eropah pada tahun 1950 sehingga 1960. Apa yang power adalah Stefano menjaringkan gol dalam kelima-lima perlawanan akhir tersebut.

Bobby Charlton

bobby-charlton-engalnd-kesebelasan-utama-pilihan-mendiang-johan-cruff
Image : Getty Images

Lagenda England yang membawa England menjulang Piala Dunia pada Tahun 1966. Pada Tahun tersebut juga beliau memenangi Ballon d’Or.

Garrincha

garrincha-kesebelasan-utama-pilihan-mendiang-johan-cruff
Image : Getty Images

Pemain supestar pertama Brazil, Garrincha merupakan pemain sayap yang power ketika Brazil memenangi Piala Dunia 1958 dan 1962 sebelum kemunculan Pele.

Diego Maradona

maradona-kesebelasan-utama-pilihan-mendiang-johan-cruff
Image : Getty Images

Tak perlu diperkenalkan lagi.

Pele

pele-kesebelasan-utama-pilihan-mendiang-johan-cruff
Image : Getty Images

Pele pemain bolasepak terbaik sepanjang zaman dan bakatnya mula bersinar pada Piala Dunia 1958.

Piet Keizer

dutch-eredivisie-ajax-amsterdam-kesebelasan-utama-pilihan-mendiang-johan-cruff
Image : Getty Images

Pilihan yang mengejutkan dari Cruyff, Keizer menghabiskan karier bolasepaknya bersama Ajax. Merupakan pengjaring kelima terbanyak sepanjang zaman dan dilantik sebagai kapten selepas Cruyff berhijrah ke Barcelona. Keizer memenangai 6 kali Liga Eredivisie.

Cruyff First XI

kesebelasan-utama-pilihan-mendiang-johan-cruff-cruyff-ultimate-xi
Image : LineupBuilder.com

Sumber : Mirror


Download aplikasi The Sukan di Google Play