The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Kerana Sayangkan JDT Pemain Berkongsi Duit Membayar Denda FAM

Encik Bakri pada November 5, 2016

Pemain JDT telah bersepakat untuk berkongsi duit bagi membayar denda FAM, ini semua dilakukan demi cinta, kasih dan sayang para pemain kepada JDT sebuah kelab yang penuh kasih sayang.

JDT telah didenda sebanyak RM30,000 atas dua pertuduhan yang mana setiap kesalahan dikenakan denda RM15,000. Ketua pasukan JDT, Safiq Rahim telah gerakan untuk membayar denda kepada FAM.

Para pemain JDT yang diketuai oleh ketua pasukan, Safiq Rahim bersepakat berkongsi wang sesama sendiri untuk membayar kesemua denda yang telah dijatuhkan oleh FAM kepada Kelab JDT selepas tamatnya perlawanan di Perak beberapa bulan yang lalu iaitu sebanyak RM30,000.

Pemain bersetuju untuk membayar kerana rasa cinta dan sayang kepada kelab.

Para pemain menyarankan agar kelab JDT tidak perlu mengeluarkan duit untuk tujuan membayar denda tersebut. Mereka lakukan semua ini demi kasih sayang kepada kelab selama ini. Para pemain juga menyeru kepada penyokong Harimau Selatan yang dikasihi sekalian agar menjaga tingkah laku pada masa akan datang agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

TERBAIK JDT! SATU KISAH KLASIK UNTUK MASA DEPAN.


Download aplikasi The Sukan di Google Play