Keputusan Undian TM Piala Malaysia 2017

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 bulan yang lalu

Malam tadi telah berlangsung majlis undian TM Piala Malaysia 2017. Pasukan-pasukan akan disusun mengikut turutan setelah tamat semua perlawanan ke 11 Liga Super dan 100PLUS Liga Premier 2017. Pasukan-pasukan yang layak akan diundi ke dalam empat (4) kumpulan berasingan.

Berikut merupakan kedudukan 16 pasukan mengikut kumpulan setelah proses undian TM Piala Malaysia 2017 sebentar tadi.

Photo : fb.com/footballmalaysiallp

Proses Undian Piala malaysia 2017

Turutan undian bagi Piala Malaysia akan dijalankan seperti yang berikut:-

Photo : fb.com/footballmalaysiallp

1) Empat (4) Pasukan Premier berkedudukan tangga 2, 3, 4 dan 5 akan diundi untuk menduduki tempat keempat dalam Kumpulan A4, B4, C4 dan D4 secara berasingan.

2) Tiga (3) Pasukan berkedudukan tangga 9, 10 dan 11 Liga Super dan Satu (1) Pasukan Liga Premier berkedudukan tempat Pertama akan diundi untuk menduduki tempat ketiga Kumpulan A3, B3, C3 dan D3 secara berasingan.

3) Empat (4) Pasukan berkedudukan tangga 5, 6, 7, dan 8 Liga Super akan diundi untuk menduduki tempat kedua dalam Kumpulan A2, B2, C2 dan D2 secara berasingan.

4) Empat (4) Pasukan teratas Liga Super berkedudukan tangga 1, 2, 3 dan 4 akan diundi untuk menduduki tempat pertama dalam 4 Kumpulan A1, B1, C1 dan D1 secara berasingan.

Sumber : FMLLP


Share Tweet


Paparkan Komen