Keputusan Undian Suku Akhir Champions League 18/19

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Lapan pasukan yang berjaya mara ke suku akhir Champions League telah diketahui selepas para penonton disajikan dengan beberapa perlawanan menyaksikan aksi kebangkitan biasa, luarbiasa dan epik.

Buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun 4 pasukan Premier League berjaya mara ke suku akhir Champions League.

Berikut 8 pasukan yang ke suku akhir :

1. Liverpool
2. Ajax
3. Manchester United
4. Porto
5. Spurs
6. Juventus
7. Manchester City
8. Barcelona

Sebelum bermula undian telah tersebar berita bahawa keputusan undian telah dirancang dan diketahui.

Seorang pengguna Twitter yang lantang berkicau bahawa keputusan undian UEFA Champions League peringkat suku akhir telah diketahui dan disusun lebih awal walaupun majlis undian belum diadakan lagi.

Ramai mula percaya bahawa apa yang terbocor ini merupakan pertemuan sebenar untuk peringkat 8 terakhir walaupun ada yang agak sangsi.

Sekeping gambar yang memaparkan logo Champions League, penafian dan senarai pasukan dan lawan masing- masing telah tersebar dengan jayanya.

Gambar ini didakwa diambil dari akaun Pengarah UEFA yang secara tidak sengaja telah memuat naik gambar itu ke internet sebelum memadamnya.

Dan berdasarkan gambar ini maka inilah senarai pasukan dan lawan yang bakal dihadapi di suku akhir.

1. Liverpool vs Ajax
2. Juventus vs Porto
3. Manchester United vs Tottenham Hotspur
4. Barcelona vs Manchester City

Undian Suku Akhir Champions League 18/19

Dan setelah undian berjalan maka ternyata semua ini sekadar hoax dan sekadar bawangan.

Dan inilah pasukan dan lawan yang bakal mereka temui di suku akhir.

1. Ajax vs Juventus
2. Liverpool vs FC Porto
3. Tottenham Hotspurs vs Manchester City
4. Barcelona vs Manchester United

Undian Separuh Akhir Champions League 18/19

Undian untuk Separuh akhir. Pemenang suku akhir ketiga akan bertemu pemenang suku akhir pertama.

Manakala pemenang suku akhir keempat akan bertemu suku akhir kedua.

1. QF3 vs QF1 (Tottenham Hotspurs / Manchester City vs Ajax / Juventus)

2. QF4 vs QF2 (Barcelona / Manchester United vs Liverpool vs FC Porto)

Undian Final

Laluan mudah buat Liverpool ke final bertemu Porto di suku akhir dan hanya Barcelona atau Manchester United menanti di separuh akhir. Senang bukan?

Pemenang separuh akhir pertama alan menjadi tuan rumah bertemu pemenang separuh akhir kedua di Madrid.

1. SF1 vs SF2

Jalan setiap pasukan ke final.




Paparkan Komen