Keputusan Undian Peringkat Kumpulan EURO 2020

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Keputusan undian peringkat kumpulan kejohanan paling agung bagi negara-negara Eropah selepas Piala Dunia iaitu, EURO 2020 yang berlangsung di Bucharest pada hari Sabtu 30 November 2019 telah diketahui.

Seperti EURO 2016 sebanyak 24 pasukan akan merebut piala kebanggaan negara Eropah itu dan dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu kumpulan A, B, C, D, E dan F. Setiap kumpulan mempunyai 4 negara.

Juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke pusingan 16 terbaik diiringi oleh 4 pasukan di tempat ketiga terbaik.

Which pot is your team in? ๐Ÿค”#EURO2020

Posted by UEFA EURO 2020 on Saturday, 30 November 2019

Seperti biasa undian dilakukan dengan 24 pasukan akan dibahagikan kepada 4 pot iaitu pot A, B, C dan D. Hanya 20 pasukan sahaja sudah mengesahkan tempat ke EURO 2020.

Sementara itu 4 pasukan yang bermain di play off akan melengkapkan senarai ini.

Berikut merupakan negara bertanding dan kumpulan masing-masing.

EURO 2020 - Group A

1. Turkey

2. Italy

3. Wales

4. Switzerland

EURO 2020 - Group B

1. Denmark

2. Finland

3.Belgium

4. Russia

EURO 2020 - Group C

1. Netherlands

2. Ukraine

3. Austria

4. Play-off winner D (A)*

EURO 2020 - Group D

1. England

2. Croatia

3. Play-off winner C

4. Czech Republic

EURO 2020 - Group E

1. Spain

2. Sweden

3. Poland

4. Play-off winner B

EURO 2020 - Group F

1. Play-off winner A (D)

2. Portugal

3. France

4. Germany

Tuan Rumah EURO 2020

Buat pertama kali dalam sejarah 60 tahun kejohanan EURO ini menyaksikan venue EURO 2020 akan melibatkan 12 bandar utama di Eropah melibatkan 12 negara Eropah dan tiada tuan rumah yang layak secara automatik.

Perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Wembley, England. Perlawanan pembukaan pula akan menemukan Italy dan Turki di Stadium Olimpico, Rome

Berikut merupakan 12 bandar yang terlibat :

1. Amsterdam - Johan Cruijff Arena, Belanda

2. Baku - Baku Olympic Stadium, Azerbaijan

3. Bilbao - San Mamรฉs Stadium, Sepanyol

4. Bucharest - National Arena Bucharest, Romania

5. Budapest - Puskรกs Arรฉna, Hungary

6. Copenhagen- Parken Stadium, Denmark

7. Dublin - Dublin Arena, Republic of Ireland

8. Glasgow - Hampden Park, Scotland

9. London - Wembley Stadium, England

10. Munich - Football Arena Mรผnchen, Jerman

11. Rome - Olimpico in Rome, Italy

12. Saint Petersburg - Saint Petersburg Stadium, Russia



Paparkan Komen