The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

[VIDEO] Keputusan Dan Carta Liga Perdana 2015 D |11 Ogos 2015

Encik Bakri pada August 13, 2015

Kedah terus gayat di puncak dengan kelebihan 4 mata sementara itu T-Team gagal mencuri mata penuh untuk merapatkan kedudukan hanya seri dengan DRB Hicom.

Liga Perdana 2015 Skor secara langsung keputusan Bola Sepak Malaysia FlashScore

Pulau Pinang terus memberi saingan apabila menewaskan N9 Mtarix 1-0. PKNS FC gaga untuk mencatat tiga kemenangan berturut-turut apabila sekadar seri 1-1.

FT | KEDAH 3-2 JDT II

Penyerang dari Nigeria, Chidi Edeh menjadi wira Kedah apabila melakukan jaringan hatrik untuk memastikan skuad Lang Me­rah mengutip tiga mata penuh ketika menumpaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 3-2 di Stadium Darul Aman.
Kemenangan tersebut mengukuhkan kedudukan Kedah di persada Liga Perdana setelah Edeh menjaringkan gol seawal minit kedua sebelum menyumbat jaringan kedua 26 minit kemudian dan gol ketiga pada minit ke-60. Dua gol JDT II diperoleh menerusi Zaquan Adha Abdul Razak masing-masing pada minit ke-31 dan minit ke-67.

FT | KEDAH 3-2 JDT IILIGA PERDANAFT | KEDAH 3-2 JDT IIVideo : Persatuan Bolasepak Kedah -KFA-

Posted by Daily Sukan on Wednesday, 12 August 2015

FT | T-TEAM 1-1 DRB HICOM

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team gagal memanfaatkan peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri selepas mereka sekadar seri 1-1 ketika bertemu DRB-Hicom.
Pasukan pelawat terlebih dahulu di depan menerusi jaringan M. Fakhrul Aiman Sidid pada minit ke-62 sebelum Tomislav Busic menyamakan kedudukan enam minit kemudian.

FT | PULAU PINANG 1-0 NEGERI SEMBILAN MATRIX

Di Stadium Bandaraya Pulau Pinang berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Ne­geri Sembilan 1-0 menerusi jaringan Mohd. Faiz Subri seawal minit kelima perlawanan meskipun aksi mereka terpaksa dilewatkan akibat menghadapi masalah lampu stadium.

FT | PENANG 1-0 N9 MATRIXLIGA PERDANAFT | PULAU PINANG 1-0 NEGERI SEMBILAN MATRIXVideo : Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan – RASMI

Posted by Daily Sukan on Wednesday, 12 August 2015

FT | KUANTAN FA 0-2 UiTM FC

Dalam pada itu, di Stadium Darul Makmur Kuantan FA gagal memperbaiki kedudukan mereka dalam carta liga selepas tewas 0-2 kepada UiTM FC. Gol pertama pasukan pelawat dijaringkan oleh penyerang dari Ivory Coast, Dao Bakary seawal minit keempat permainan sebelum Muhd. Nursalam Zainal Abidin meledak gol kedua tiga minit kemudian.

FT | PKNS FC 1-1 SABAH

Di Stadium Hang Jebat PKNS FC gagal merapatkan kedudukan mereka dengan dua pasukan teratas liga selepas seri 1-1 ketika melayan kunjungan Sabah. Pasukan pelawat terlebih dahulu di depan menerusi ja­ringan El Hadji Diouf pada minit ke-72 sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan pada waktu kecederaan.

FT | PKNS FC 1-1 SABAHLIGA PERDANAFT | PKNS FC 1-1 SABAH

Posted by Daily Sukan on Wednesday, 12 August 2015

FT | KLFA 2-0 SPA PUTRAJAYA

Dalam satu lagi aksi SPA Putrajaya terus kekal sebagai pasukan tercorot apabila tewas 0-2 kepada Kuala Lumpur di Stadium Merdeka. Dua jaringan tersebut masing-masing dijaringkan oleh Pritam Singh Charun pada minit ke-51 dan Muhammad Nur Hakim Mohd. Azhar pada waktu kecederaan.

FT | KLFA 2-0 SPA PUTRAJAYALIGA PERDANAFT | KLFA 2-0 SPA PUTRAJAYA

Posted by Daily Sukan on Wednesday, 12 August 2015

KEDUDUKAN CARTA LIGA PERDANA

Keputusan Liga Perdana 11.8.2015 live Kedah vs JDT 2


Download aplikasi The Sukan di Google Play