The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Keputusan Perlawanan Liga Perdana 2015 | 18 Ogos 2015 | Kedah Selangkah Bergelar Juara

Encik Bakri pada August 19, 2015

Hari ini telah berlangsung 6 perlawanan Liga Perdana dan persaingan perebutan takhta liga masih terbuka dengan baki satu perlawanan. Kedah dilihat mampu muncul juara dengan memerlukan satu mata lagi.

liga perdana

Persaingan sengit untuk tangga kedua diantara T-team dan Pulau Pinang. Berikut merupakan keputusan perlawanan hari ini.

KEPUTUSAN LIGA PERDANA 18 OGOS 2015

FT | KUALA LUMPUR 0-2 KUANTAN FA
11′ Hazwan Fakhrullah
82′ Fabrice Noel

Dalam pada itu, wakil kelab Pahang, Kuantan FA kembali menghidupkan peluang untuk keluar dari zon penyingkiran selepas mengalahkan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Merdeka.

Dua gol skuad ‘The Seagulls’ dijaringkan Hazwan Fakrullah Zuridi seawal minit ke-10 dan Fabrice Noel pada minit ke-81.

Tonton : Rangkuman Perlawanan Kuala Lumpur 0-2 Kuantan FA

FT | PKNS FC 4-1 UiTM FC
43′ 67′ 76′ 83′ Gonzalo Soto
70′ Dao Bakary (pen.)

Di Stadium Hang Jebat, Melaka, pasukan kelab PKNS FC kembali meraih kemenangan setelah mengalahkan UiTM FC 4-1.

Empat gol skuad Semut Merah dijaringkan Gonzalo Manuel Soto pada minit ke-42, Mohd Faiz Mohd Isa (m66), Gabriel Miguel Guerra (m75) dan Patrick Ronaldinho Wleh (m82) manakala UiTM FC meraih gol hasil sepakan penalti Dao Bakary pada minit ke-69.

FT | JOHOR DARUL TA’ZIM II 0-0 NEGERI SEMBILAN

Johor Darul Ta’zim II dan Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Matrix musim ini, berkongsi satu mata setelah seri tanpa jaringan pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Baharu.

FT | KEDAH 3-2 SABAH
20′ 31’Joel Chianese
24′ 88’Sandro
61’Bang Seung Hwan

Kedah hanya memerlukan seri dalam perlawanan terakhir mereka Jumaat ini untuk memastikan kejuaraan Liga Perdana 2015 milik mereka, selepas menang tipis 3-2 ke atas Sabah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Selasa malam.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Helang Merah kekal menerajui carta Liga Perdana menerusi kutipan 45 mata, berkelebihan tiga mata ke atas dua pencabar terdekat, T-Team dan Pulau Pinang yang turut mengutip tiga mata di laman sendiri.

Kedah hanya perlu memastikan mereka sekurang-kurangnya seri menentang DRB Hicom FC pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini untuk membawa pulang kejuaraan Liga Perdana.

Tiga gol Kedah malam ini dihasilkan Sandro Da Silva menerusi sepakan penalti pada minit ke-23 dan 87 selain jaringan kapten pasukan, Khairul Helmi Johari (m60) manakala pelawat meraih gol hasil sentuhan penyudah Joel Joseph Chianese pada minit ke-19 dan 30.

FT | T-TEAM 7-0 SPA PUTRAJAYA FC
4′ 28′ 45′ 50′ 78′ Tomislave Busic
57′ Sadriddin Abdullaev
61′ Muhammad Zulhanizam Shafine

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, lima jaringan pemain import dari Croatia, Tomislav Busic membantu T-Team melakar kemenangan besar 7-0 ke atas SPA Putrajaya FC yang sudah tersingkir ke saingan Liga FAM musim depan.

Busic mencatat nama selaku penjaring pada minit ketiga, 27, 45, 49 dan 77 selain sepakan penalti Sadriddin Abdullaev pada minit ke-57 dan gol Muhammad Zulhanizam Shafine, selang dua minit kemudian.

PULAU PINANG 2-1 DRB HICOM
41′ Hilton Moreira
74′ Mohd Faiz Subri
80′ Hayato Hashimoto

Pulau Pinang turut mengutip tiga mata menerusi kemenangan tipis 2-1 ke atas DRB Hicom FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Dua gol skuad Harimau Kumbang dijaringkan Hilton Mauro Moreira pada minit ke-41 dan Mohd Faiz Subri (m73) manakala DRB Hicom FC meraih gol saguhati menerusi pemain import dari Jepun, Hayato Hashimoto, 11 minit sebelum permainan tamat.

KEDUDUKAN LIGA PERDANA

Carta Liga Perdana 2015 Bola Sepak Malaysia 18 0gods


Download aplikasi The Sukan di Google Play