The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Keputusan Dan Rangkuman Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015

Encik Bakri pada December 3, 2015

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015 – Felda United 2-2 Kedah

JUARA Liga Perdana, Kedah bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali sebelum berjaya mengikat Felda United 2-2 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Keputusan seri itu, nyata memberi kelebihan kepada skuad Helang Merah yang membawa dua gol dari tempat lawan, menjelang aksi timbal balik menentang Felda United di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Ahad ini.

Pada aksi malam ini, Thiago Augusto Fernandes meletakkan Felda United dihadapan pada minit ke-13, namun kedudukan berkenaan tidak bertahan lama apabila Sandro Da Silva menanduk masuk gol penyamaan untuk Kedah pada minit ke-37.

statistik-felda-united-vs-kedah
Statistik Perlawanan Felda United vs Kedah

Gol Sandro itu mendapat bantahan daripada pemain Felda United setelah mereka mendakwa bola berkenaan belum melintasi garisan gol, namun pengadil Mohd Zohri Tajudin membenarkan gol tersebut, selepas mendapatkan pandangan daripada penolong pengadil satu, M. Sivanesan.

Thiago sekali lagi bertindak cemerlang meledak gol peribadi kedua pada minit ke-54 setelah memanfaatkan hantaran Zah Rahan Krangar, sebelum penyerang import dari Nigeria, Chidi Edeh menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat, selang lapan minit kemudian.

Keputusan seri 2-2 itu kekal sehingga berakhir perlawanan berkenaan.

man-of-the-match-felda-united-vs-kedah
Thiago Augusto Fernandes Pemain Terbaik Perlawanan

Terdahulu, pemain dan barisan kejurulatihan kedua-dua pasukan bertafakur selama seminit sebagai menghormati kemangkatan Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86, di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada 29 Nov lepas, akibat kegeringan.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, juara bertahan Pahang gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah terikat tanpa jaringan ketika berdepan juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu semula pada aksi timbal balik di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada 12 Disember ini. – Bernama

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015 – Pahang 0-0 Selangor

Juara bertahan Pahang gagal menyekat misi 33 Selangor dan perlu mengharapkan keputusan perlawanan timbal balik di Stadium Shah Alam menyebelahi mereka untuk memastikan kemaraan ke pentas final Piala Malaysia 2015.

Selangor bermula perlawnan dengan baik namun hanya untuk 5 minit pertama apabila percubaan penyerang Brazil, Guilherme de Paula dari sudut kanan kotak penalti memaksa penjaga gol Khairul Azhan menepis bola keluar.

Penyerang Pahang, Dickson Nwakaeme dilihat terbabit dalam beberapa konfrontasi bersama pengadil serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemain tengah Selangor, Leandro dos Santos sebelum dilayangkan kad kuning pertama beberapa minit kemudian.

statistik-pahang-vs-selangor
Statistik Perlawanan Pahang vs Selangor

Keadaan padang yang lembap dilihat menggangu pergerakan Selangor dan ia membenarkan Hafiz Kamal melepaskan rembatan kencang yang hanya mampu menggegarkan tiang gol pada minit ke-40

Bersambung babak kedua, tandukan Azamuddin Akil gagal menepati sasaran dan ia diikuti percubaan kotak penalti daripada penyerang Matias Conti yang gagal membuka tirai jaringan.

Benteng pertahanan Selangor hilang fokus buat sementara ketika membenarkan Conti mendapat tandukan percuma dalam kotak penalti menerusi sepakan sudut namun ia juga tidak membuahkan hasil buat pasukannya.

Skuad Tok Gajah hampir memecah kebuntuan apabila pergerakan Dickson membuka ruang untuk Zesh Rahman melepaskan rembatan lengkung yang ditepis penjaga gol Selangor, Norazlan Razali pada minit ke-74

man-of-the-match-pahang-vs-selangor
Norazlan Razali Pemain Terbaik Perlawanan

Norazlan muncul wira dalam detik kecemasan apabila meenyelamatkan pasukannya daripada dibolosi menerusi dua percubaan Conti dan satu percubaan ‘backheel’ daripada Dickson pada minit ke-82

Dalam masa tambahan, kekecohan berlaku apabila Azamudin Akil amuk melihat Norazlan berpura-pura jatuh ke rumput seolah-olahnya ditendang oleh Damian Stewart.

Pemain gantian S Veenod mendapat peluang keemasan untuk memperoleh pendahuluan lewat namun ia gagal dimanfaatkan sepenuhnya. Keputusan perlawanan kekal 0-0 pada wisel penamat.