The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Keputusan Boikot Piala AFF Diketahui Jumaat Ini – KJ

Syafiq Freman pada November 23, 2016

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Skuad Kebangsaan akan menarik diri daripada saingan Piala AFF Suzuki 2016 di Yangon, Myanmar hanya akan ditentukan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri, Jumaat ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata beliau sudah mengemukakan perkara ini sejak minggu lalu.

“Saya sudah bangkitkan (penarikan diri) pada minggu lalu tetapi berdasarkan kepada perkembangan terkini ada lebih banyak gesaan untuk kita menarik diri.”

“Saya berpandu kepada Jemaah Menteri Jumaat ini dan kita perlu dapat pandangan pihak lain seperti Kementerian Luar,” katanya di sini, sebentar tadi.

Khairy berkata, penarikan diri Skuad Kebangsaan Malaysia perlu dipertimbangkan kerana ini bukan hanya membabitkan politik semata-mata malah lebih kepada kemanusiaan. Bagaimanapun katanya, sebarang keputusan tidak boleh dilakukan beliau sendiri kerana ia membabitkan banyak pihak.