The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015

Encik Bakri pada December 19, 2015

KUALA LUMPUR: Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 20015 telah di ketahui dan Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan apabila mendominasi lapan daripada 17 kategori yang dipertandingkan pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015, di sini, malam tadi.

Mendahului senarai skuad Harimau Selatan itu adalah tonggak tengah yang juga kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim, apabila dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai dan Pemain Tengah Terbaik.

pemenang-anugerah-bola-sepak-kebangsaan-2015

Kejayaan membawa pulang Piala AFC 2015 ke bumi Malaysia buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara turut membantu pasukan JDT untuk dipilih sebagai penerima Anugerah Khas.

Selain itu, empat lagi pemain Harimau Selatan iaitu Amri Yahyah, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Farizal Marlias dan Luciano Figueroa serta jurulatihnya, Mario Gomez turut menguasai lima kategori lain.

Usaha finalis Piala Malaysia, Kedah tidak dilupakan apabila mendapat anugerah Pasukan Terbaik. Sementara itu, wakil Singapura LionsXII memenanig anugerah Fairplay.

Anugerah pemain wanita terbaik menjadi milik Nurul Azurin Mazlan yang mewakili pasukan Sabah.

Bagi sukan Futsal, Azrul Hadee Mohd Taufi dan Siti Asnidah Zamri memenangi anugerah Pemain Futsal Lelaki dan Wanita Terbaik.

Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015

keputusan-anugerah-bola-sepak-kebangsaan-2015

Berikut merupakan Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 yang dikuasai Juara AFC Cup 2015, JDT.

Penjaga Gol Terbaik

anugerah-penjaga-gol-terbaik-2015
Pemenang – Farizal Marlias (JDT)

Pertahanan Terbaik

anugerah-pertahanan-terbaik-2015
Pemenang – Aidil Zafuan Abdul Razak (JDT)

Pemain Tengah Terbaik

anugerah-pemain-tengah-terbaik-2015
Pemenang – Safiq Rahim (JDT)

Penyerang Terbaik

anugerah-penyerang-terbaik-2015
Pemenang – Amri Yahyah (JDT)

Pemain Import Terbaik

anugerah-pemain-import-terbaik-2015
Pemenang – Luciano Figueroa (JDT)

Pemain Muda Terbaik

anugerah-pemain-muda-terbaik-2015
Pemenang – Matthew Davies (Pahang)

Jurulatih Terbaik

anugerah-jurulatih-terbaik-2015
Pemenang – Mario Gomez (JDT)

Penjaring Terbanyak Liga Super Dan Premier

anugerah-penjaring-terbanyak-liga-super-liga-premier
Dramane Traore – PDRM (20 gol) dan Forkey Doe – NS Matrix (17 gol)

Pemenang Anugerah Lain-Lain

Anugerah Kelab Terbaik: Kedah
Anugerah FairPlay: LionsXII
Anugerah Penyokong Terbaik: Elephant Army (Pahang)
Pemain Wanita Terbaik: Nurul Azurin Mazlan (Sabah)

Pemain Futsal Lelaki Terbaik: Azrul Hadee Mohd Taufi
Pemain Futsal Wanita Terbaik: Siti Asnidah Zamri

Anugerah Khas 2015: Johor Darul Ta’zim


Download aplikasi The Sukan di Google Play