The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Kenapa Sanchez Tidak Dikira Offside Ketika Gol Sendiri Wimmer?

Encik Bakri pada November 9, 2016

Dalam perlawanan pada hari Ahad lalu, satu perdebatan hangat telah diperkatakan sama ada gol Arsenal yang dijaringkan oleh pertahanan Sprus Kevin Wimmer patut dibatalkan kerana offside atau tidak?

Dalam perlawanan itu jelas kelihatan Sanchez berada dalam kedudukan offside tetapi tidak dikira offside. Kenapa?

wimmer-goal-not-offside

Pegawai Permainan Perlawanan Professional Berhad (PGMOL) telah memberi penerangan berkenaan hal ini dan ternyata perkara ini menepati undang-undang offside  baru yang diperkenalkan oleh Badan Persatuan Bola Sepak Dunia (IFAB) sebelum musim 2016-2017 bermula, yang secara asasnya adalah seperti berikut.

Pemain yang berada dalam posisi offside , patut dikira offside jika :

– Secara terang-terangan cuba mendapatkan bola yang berada dekat dengannya dan memberikan impak kepada kepada lawan, atau
– Melakukan sesuatu yang secara jelas memberikan impak kepada pergerakan pihak lawan untuk memainkan bola.

Ini Cerita Situasi Ketika Gol Arsenal

Ketika tendangan percuma yang diambil oleh Mesut Super Ozil, Alexis Sanchez dan Shkodran Mustafi dilihat berada dalam posisi offside , tetapi tidak dalam kedudukan yang mencabar Wimmer untuk mendapatkan bola.

Dengan kata lain, Wimmer tidak tertakluk atau terkesan daripada pergerakan kedua-dua pemain Arsenal tersebut kerana Mustafi dan Sanchez berada pada satu posisi yang jauh dari Wimmer. Maka kedua-dua pemain tersebut secara jelasnya tidak menghalang Wimmer secara fizikal.

Jika dilihat kembali ada seorang pemain Arsenal yang dilihat cuba mencabar bola, iaitu Laurent Koscielny tetapi pemain ini tidak berada dalam kedudukan offside ketika kaki Ozil menyentuh bola.

Penjelasan Howard Webb


Download aplikasi The Sukan di Google Play