The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Kenapa Ozil Selalu Menghisap Ibu Jari Dan Membuat Huruf ‘M’ Ketika Meraikan Gol Terjawab

Encik Bakri pada November 3, 2016

Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil terkenal sebagai pemain yang mengamalkan konsep “Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Tangan Menerima” menjadi nadi pasukan Arsenal dalam merencanakan serangan dan membuat bantuan gol.

Walaupun kerap membuat bantuan gol, Ozil juga mampu untuk menjaringkan gol dan apabila menjaringkan gol Ozil akan meraikan gol tersebut dengan gaya menghisap ibu jari tangan kanannya dan membuat huruf ‘M’ dengan tangan kirinya. Apakah maksud di sebalik keraian yang menjadi cap dagang (Trademark) Ozil itu?

kenapa-ozil-selalu-menghisap-ibu-jari-dan-membuat-huruf-m-ketika-meraikan-gol-terjawab-4
Sumber Gambar : Marcello Pozzetti/IPS/REX

Pertama kali Ozil meraikan gol dengan gaya menghisap ibu jari dan membuat huruf ‘M’ pada Februari 2015 apabila Ozil menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan North London Derby

Ozil mendedahkan bahawa beliau mendedikasikan keraian gol yang menjadi kegemaran Gooners kepada anak saudaranya Mira.

kenapa-ozil-selalu-menghisap-ibu-jari-dan-membuat-huruf-m-ketika-meraikan-gol-terjawab-3
Sumber Gambar : David Price

“Mira merupakan anak saudara kepada abang saya. Namanya bermula dengan huruf ‘M’ dan Mira juga anak pertama abang saya dan juga anak saudara pertama saya. Kehadiran Mira membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada keluarga” Jelas ozil.

kenapa-ozil-selalu-menghisap-ibu-jari-dan-membuat-huruf-m-ketika-meraikan-gol-terjawab
Sumber Gambar : Reuters

“Saya sangat sayangkan Mira dan saya mahu tunjukkan kepada Mira betapa saya sayangkan dia jadi selepas menjaringkan gol saya akan membuat huruf ‘M’.”

Sayang nau Ozil dekat anak sedara die. Penulis ingat ‘M’ tu Mesut Ozil rupanya nama anak sedara. Biasa la kan anak pertama, cucu pertama memang semua sayang.


Download aplikasi The Sukan di Google Play