The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Kenapa Nama Pemain Iceland Berakhir Dengan – son?

Eikrem pada June 18, 2016

Pasukan bola sepak Iceland bukanlah satu pasukan yang digeruni di mata dunia walaupun mereka menjadi antara pasukan terawal yang layak secara merit ke Euro 2016 ini.

Banyak keistimewaan negarai pulau di utara eropah ini. Selain negara yang kecil dan berpopulasi hanya seramai 300,000 orang, nama pemain Iceland juga turut mencuri tumpuan. Berikut adalah senarai lengkap pemain Iceland pada Euro 2016.

Penjaga gol :

Hannes Halldorsson

Ogmundur Kristinsson

Ingvar Jonsson

Pertahanan :

Ari Skulason

Hordur Magnusson

Hjortur Hermannsson

Ragnar Sigurdsson

Kari Arnason

Sverrir Ingi Ingason

Birkir Sævarsson

Haukur Heidar Hauksson

Pemain tengah :

Emil Hallfredsson

Gylfi Sigurdsson

Aron Gunnarsson

Theodor Elmar Bjarnason

Arnor Ingvi Traustason

Birkir Bjarnason

Johann Gudmundsson

Eidur Gudjohnsen

Runar Mar Sigurjonsson

Penyerang :

Kolbeinn Sigthorsson

Alfred Finnbogason

Jon Dadi Bodvarsson

Kenapa Nama Pemain Iceland Berakhir Dengan – son?

Jadi, apa persamaan antara nama-nama tersebut? Semua nama berakhir dengan huruf -son, kecuali Gudjohnsen.

Tidak seperti negara-negara barat lain, Iceland tidak mengamalkan nama keluarga dalam sistem nama mereka, sebalinya mereka menggunakan sistem nama patronim atau matronim.

Patronim bermaksud nama anak disabitkan kepada nama bapa. Contohnya, Aron Gunnarsson.

Nama milik pemain ini ialah Aron, Gunnar pula nama bapanya dan -sson dihujung namanya kerana Aron adalah seorang lelaki.

Jika Aron seorang perempuan, maka namanya akan menjadi Aron Gunnardotter.

Ibarat di Malaysia kita menggunakan ‘bin’ bagi lelaki, dan ‘binti’ bagi perempuan.

Kenapa Eidur Gudjohnsen berakhir dengan -sen, bukan -son? Tiada sebab diberitahu. Mungkin typo ketika daftar kelahiran.

gudjohsen
Satu-satunya pemain yang namanya tidak berakhir dengan -son.

Nota tambahan : Nama Gudjohnsen ialah nama keluarga, bukan nama patronim. Kira-kira 5% rakyat Iceland mempunyai nama keluarga dan sehingga 100 tahun lalu, nama keluarga masih sah digunakan di negara tersebut. Seorang lelaki bernama Sveinn Gudjonsson telah menukar namanya kepada Sveinn Gudjohnsen dan sejak itu, keturunannya terus menggunakan nama Gudjohnsen sebagai nama keluarga, di bawah undang-undang tubuh istimewa negara Iceland.

Lebih menarik lagi, hanya senarai nama-nama tertentu sahaja yang dibenarkan di Iceland seperti di sini untuk lelaki. Baiknya, ibu bapa di Iceland tidak dibenarkan untuk menamakan anak mereka dengan nama-nama hipster.

Tambahan pula jika ada nama Inggeris yang ingin didaftarkan kepada bayi, ejaan dan sebutan perlu mengikut sebutan dan ejaan Iceland. Contohnya Carolina perlu dieja Karolina, barulah pendaftaran nama itu akan diluluskan.

Sukar? Tak sukar. Malah perkara ini agak positif untuk mengekalkan identiti negara tersebut. Bayangkan kalau Malaysia menggunakan undang-undang seperti ini, mungkin kapten harimau Malaya ialah Badang Perkasa, bukan Safiq Rahim.

Tahukah anda, nama negara Iceland dinamakan Iceland kerana untuk menghalang lebih ramai manusia berhijrah ke pulau tersebut suatu masa dahulu untuk mengelakkan kesesakan dan kepadatan manusia.

Baca juga : Bagaimana bola sepak Iceland boleh meningkat dalam masa yang singkat


Download aplikasi The Sukan di Google Play