The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Kenapa kelab Thailand dan Vietnam tidak masuk Piala AFC setelah tewas di ACL terjawab

Eikrem pada February 11, 2016

Muanthong United berjaya menewaskan JDT dalam perlawanan kelayakan AFC Champions League 2016 sebelum dikalahkan Shanghai SIPG di pusingan kelayakan ACL ketiga.

Lagi satu kelab Thailand, Chondburi FC pula dibelasah habis-habisan 9-0 oleh kelab Jepun, FC Tokyo pada peringkat yang sama.

Kelab Vietnam pula, Ha Noi T&T kecundang kepada wakil Korea Selatan, Pohang Steelers, juga pada pusingan yang sama.

Persoalannya, kenapa kedua-dua kelab Thailand dan satu kelab Vietnam tersebut tidak bermain di AFC Cup seperti mana yang dipraktikkan di eropah di mana kelab yang tewas di pusingan kelayakan UCL akan bermain di liga Europa?

Konsepnya agak mudah, semuanya bergantung kepada ranking MA. Kalau nak tahu apa itu MA sila baca sini. Jangan malas.

Thailand, kuasa unggul bola sepak asia tenggara, berada di tempat kelima dalam ranking MA zon timur, di belakang Korea Selatan, China, Jepun, dan Australia. Manakala Vietnam, berada di tangga keenam ranking MA zon timur.

Mengikut perlembagaan AFC, MA dari ranking pertama hingga ketujuh dari setiap zon, dikira sebagai negara matang(matured), 14 negara berikutnya pula diklasifikasikan sebagai negara membangun (developing) – Malaysia berada di bawah kategori ini, dan baki selebihnya adalah negara yang baru muncul (emerging).

ma ranking
Ranking MA bagi zon timur dan barat untuk kelayakan ke ACL. Warna merah menunjukkan liga dan pasukan dalam liga negara tersebut tidak memenuhi kriteria kelayakan untuk ke ACL

Selaku negara matang, Thailand dan Vietnam hanya mendapat slot ke ACL, dan tiada slot ke AFC. Dalam bahasa mudah;

‘ENGKAU DAH POWER MAIN DENGAN TEAM POWER LA, TAK PAYAH NAK KACAU KITORANG YANG LEMAU NI.’

Untuk ACL 2016, Thailand mendapat satu slot automatik ke peringkat kumpulan – Buriram United dan dua slot untuk perlawanan pusingan kelayakan bermula di pusingan kedua – Muanthong dan Chondburi.

Vietnam pula mendapat satu slot automatik ke peringkat kumpulan – Becamex Binh Duong dan satu slot ke peringkat kelayakan bermula di pusingan kedua – Ha Noi T&T.

Wakil Malaysia, JDT layak ke pusingan kedua peringkat kelayakan ACL selaku juara AFC 2015, dan sepatutnya JDT perlu bermula dari pusingan pertama kelayakan. Tetapi disebabkan MA Indonesia digantung oleh AFC, maka tempat untuk kelab Indonesia diambil oleh JDT.

Memandangkan MA Malaysia berada di kalangan negara membangun, maka JDT secara automatik layak ke peringkat kumpulan Piala AFC, tetapi tidak bagi kelab Thailand dan Vietnam kerana mereka adalah golongan elit asia.

Jika JDT tidak memenangi Piala AFC 2015, JDT juga akan automatik bermain di Piala AFC selaku juara liga Malaysia yang tersangat mewah ini.

Jadi, untuk tahun 2016 ini, diharapkan JDT dan Selangor akan layak final Piala AFC dan pasukan Harimau Malaya akan berjaya mencipta kemenangan demi kemenangan untuk menaikkan ranking MA Malaysia di mata asia.

Baca juga : Kenapa kelab Thailand ni power