The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Kenapa Kelab EPL Meletakkan Bunga Merah Di Jersi Pada Bulan November?

Encik Bakri pada November 6, 2016

Pada bulan November setiap tahun semua kelab EPL akan meletakkan bunga merah di jersi pasukan masing-masing dan bertakafur seketika sebelum sepak mula. Kenapakah bunga merah tersebut diletakkan?

players-line-up-during-a-minutes-silence-as-part-of-remembrance-commemorations-before-the-match

Bunga merah tersebut merupakan bunga Popi. Popi adalah sejenis tumbuhan herba dan berbunga yang tergolong dalam subkeluarga Papaveroideae dari keluarga Papaveraceae.

Bunga Poppi telah digunakan sejak zaman-berzaman sebagai simbol khayalan, kedamaian dan kematian. Mengikut tafsiran mitologi klasik atau kekhurafatan klasik, warna merah menyala bunga Popi membawa maksud suatu janji kebangkitan selepas mati.

Berbalik kepada bunga Popi yang tertera di jersi, ianya merupakan simbol kepada Remembrance Day atau hari peringatan disambut pada 11 November bagi memperingati jasa perajurit yang terkorban di perbatasan sejak tamat perang dunia pertama. Tradisi ini dirintis oleh King George V pada 1919.

King George V
King George V

Di Malaysia amalan memakai bunga Popi pernah juga disambut tetapi sambutan itu telah dihentikan pada akhir tahun 60-an.

Penggunaan bunga Popi sebagai simbol Remembrance Day diinspirasikan dari sajak Perang Dunia Pertama yang bertajuk “In Flanders Fields”. Sajak ini ditulis oleh seorang perajurit Leftenan Kolonel John McCrae pada 3 Mei 1915 selepas beliau menyaksikan kematian sahabatnya Leftenan Alexis Helmer.

Dalam baris pembukaan sajak itu menyebut Popi merupakan bunga pertama yang tumbuh di Flandes, Belgium. Flandes merupakan tempat yang banyak menumpahkan darah semasa perang dunia pertama.

Pada tahun 2011 pasukan England telah dilarang oleh FIFA untuk menggunakan simbol ini dijersi ketika menentang Sepanyol di Wembley. Rentetan dari larangan itu Sportsmail telah melancarkan satu kempem untuk membolehkan simbol itu digunapakai di jersi pasukan.

Kempen itu disokong oleh Putera William dan Perdana Menteri UK ketika itu David Cameron, maka satu persetujuan telah dicapai. Pemain dibenarkan memakai lilitan di lengan yang berwarna hitam yang disulam dengan simbol bunga Popi. Mereka pun hidup aman bahagia sepanjang hayat.

poppy-armband

Pemakaian simbol tersebut adalah tidak wajib bagi pemain tetapi mereka tetap memakai simbol itu sebgai tanda penghormatan.

Sasterawan Negara Usman Awang atau nama penanya Tongkat Warrant pada tahun 1995 pernah menukilkan sajak yang bertajuk ‘Bunga Popi’yang berinspirasi daripada pemerhatiannya terhadap pergolakan dunia pada masa itu.

Bunga Popi ~ Usman Awang
Dari darah, dari nanah yang punah di tanah,
rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata,
hasil manusia gila perang membunuh mesra,
bunga merah berkembang indah minta disembah.

Yang hidup tinggal sisa nyawa, penuh derita,
kering, bongkok, cacat, tempang dan buta,
perang dalam kenangan penuh kengerian,
sekarang dalam kepahitan,
dalam kesepian.

Yang lain kehilangan anak, suami dan kekasih,
hilang pergantungan, hilang pencarian,
hidup kebuluran,
ribuan janda, ribuan kcewa, ribuan sengsara,
jutaan anak-anak yatim hidup meminta-minta.

Manusia gila perang telah membunuh segala mesra!
perang berlangsung mencari untung tanah jajahan!
perang berlangsung membunuh anak dalam buaian!
perang berlangsung menghantar lebur nilai kebudayaan!

Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan,
bunga darah merah menyimbah,
penuh kengerian.

Kami benci pada perang penuh pembunuhan!
kami rindu pada damai sepanjang zaman!

Usman Awang
1955


Download aplikasi The Sukan di Google Play