Kenapa Kalah Kena Buka Baju?

Perakmania oleh Perakmania 4 bulan yang lalu

Sewaktu kita kecil-kecil kita sewaktu bermain bola , pasukan yang tewas kena buka baju. Masihkah anda ingat? Ya, setiap apa yang berlaku pasti ada sejarahnya. Begitu juga didalam upacara membuka baju setelah pasukan ditewaskan.

Alah, macam komer main bola petang-petang, sapa score goal dulu, opponent kena buka baju.

Mukaddimah

Secara azalinya sejak kalau menurut sains, manusia sejak zaman paleolitik tidak berbaju dan begitulah secara zahir harfiahnya, sejak kita dilahirkan oleh ibu tanpa seurat benang pakaian.

Kalau menurut teori Darwin, sejak zaman nakalipichus lagi hingga sekarang kita pasti tidak akan berbaju. Yela, dah nama pun beruk, mana nak pakai baju.

Dan menurut teori Darwin lagi Ini adalah sifat-sifat beberapa homo sapiens

Daripada 193 spesies beruk, manusia adalah satu-satunya yang tidak berbulu lebat.

- Manusia berjalan tegak
- Manusia aktif dalam seks
- Manusia saling bergantungan

Jadi kenapa berbaju?

Menurut seorang zoologi iatu Desmond Morris, beliau mengatakan bahawa Homo Sapiens adalah satu-satunya makhluk yang berjalan tegak. Disebabkan postur tegak inilah, organ-organ seksual dan kemaluan sentiasa dipamerkan.

Jadi agak susah untuk bergerak dan mendekati antara satu sama lain dengan organ-organ seksual terdedah. Jadi komer bayangkan kalau kita ini semuanya terdedah, aduh. Seksa hidup. Dan apa yang lagi menambah masalah ialah manusia ialah sepsis yang melakukan seks tanpa bermusim.

Aduh..naya. Bayangkan baru nak ke ofis pagi-pagi, jumpa pulak makcik nasi lemak. Aduh..naya. Ok berbalik kepada topic, bagi haiwan yang berjalan menggunakan 4 kaki, tiada masalah bagi mereka kerana postur mereka membantu untuk menutup organ seksual mereka.

Jadi ini jelas, antara tujuan kena pakai baju ialah untuk menunjukkan jantina.

Jadi siapa yang cipta baju?

Menurut pakar-pakar arkeologi, mereka ada menemui jarum jahit awal dan gading yang berusia kira-kira 30,000 tahun sebelum masihi di sebuah gua di Kontenski, Rusia pada tahun 1988.

Namun begitu, pada tahun 1990, sehelai cebisan fabric kain telah ditemui di sebuah gua pra sejarah Republic Georgia.

Ia dianggarkan berusia 36,000 tahun sebelum masihi.

Sejarah Kalah buka baju "Shirt Betting"

Kisah ini bermula di dalam sebuah negeri yang diberi nama Ohio. Ohio ini merupakan sebuah negeri didalam Negara United states of Amerika. Negeri Ohio ini telah ditadbir oleh seorang Raja.

Rajanya bernama Indera Sakti Columbus. Sebab itu ada tempat nama Columbus di Ohio.

Raja Indera Sakti Columbus ini terkenal dengan sikap sombong dan suka berjudi. Disebabkan keasyikannya menjadikan judi sebagai amalan seharian telah mendorong kebanyakan rakyat di negerinya leka dengan berjudi.

Mereka suka berjudi dalam pelbagai hal, asal boleh berjudi, mereka akan berjudi. Dari teka bilangan lalat di kedai kopi di siang hari hinggalah jumlah bintang bersama tahinya dimalam hari.

Mereka terlalu asyik hingga melupakan syariat yang sepatutnya mereka ikuti kerana pada ketika itu.

Di tepi hulu sungai negeri tersebut, di kawasan New Philadephia tinggal seorang tua dalam umur pertengahan bernama Pak Rashid Wenger. Pak Rashid Wenger seorang yang lurus bendul dan kurang daya pemikirannya.

Pak Rashid Wenger mempunyai satu hobi yang sedang trending ketika itu iatu, berlumba kayak. Yelah, rumah pun tepi Sungai Cincinnati, hobi apa lagi boleh buat. Jadi beliau ada sebuah perahu kayak yang memang di ketahui jaguh lumba kayak solo.

Perahu itu diberi nama Al-Sengal. Nama je sengal tapi power. Pada suatu hari Pak Rashid Wenger berkata pada isterinya Siti Klopp, "aku ingin pergi berlumba dengan Raja di tepi sungai Emirates tepi istana kerana aku amat suka melihat keadaan orang yang ramai berlumba di situ".

"Kita bawa Al-Sengal kita sebab Perahu kayak ni amat bertuah, kita pertaruhkan kampung kita kepada Raja, kalau kita menang tentulah kita akan mendapat duit dari Raja" sambung Pak Rashid Wenger.

Isteri Pak Rashid Wenger berkata,"jika begitu baiklah, pergilah awak berlumba, kot kita boleh menang.” Sahut Pak Rashid Wenger," jahitkan baju dan seluar aku dahulu dari kertas yang baru kubeli ini. Lekaslah menjahitnya.

Kata isteri Pak Rashid Wenger, "bagaimana hendak membuat baju dan seluar ini?, kalau dipakai tentu akan koyak.Dahla main sukan air “

“Tak mengapa buatkan juga aku nak pergi" rungut Pak Rashid Wenger dalam degil seorang tua.

Siti Klopp tidak berdaya lagi melayan percakapan Pak Rashid Wenger, lalu ia mengambil gunting dan mula mengunting kertas tersebut untuk dibuat seluar dan baju. Pak Rashid Wenger menyuruh isterinya supaya tidak menjahit seluar dan baju tersebut hanya perlu guna pelekat sahaja supaya cepat siap.

Apabila siap, Pak Rashid Wenger dengan berasa bangga memakainya dan pergilah ia kegelanggang tersebut. Selang tiada berapa lamanya Pak Rashid Wenger sampai digelanggang tersebut.

Baginda Raja Indera Sakti Columbus kenal dengan Pak Rashid Wenger, apabila baginda terlihat Pak Rashid Wenger lalu disapanya, "hai wenger apa khabar? Nak race ke?".

Maka Pak Rashid Wenger pun segeralah menyembahkan perahu kayaknya kepada baginda. Setelah diamati baginda berasakan perahu kayak Pak Rashid Wenger amat berpontensi untuk menang. Lalu baginda mencadangkan agar perahu kayak Pak Rashid Wenger dengan perahu kayaknya. Baginda berkata " Wenger, ambilah Perahu kayak beta yang amat bertuah ni berbanding dengan perahu kayak mu yang kurang tuahnya".

Setelah mendengar titah Raja tersebut, Pak Rashid Wenger dengan suka citanya bersetuju untuk menukar perahu kayaknya dengan Raja. Setelah pertukaran dibuat, baginda Raja bertanya pada Pak Rashid Wenger

"apakah pertaruhannya kita kali ini?". Maka sembah Pak Rashid Wenger, "ampun tuanku, patek ini tiada harta hanya kampung tempat tinggal patek yang ada, jadi kampung tersebut patek pertaruhkan". Baginda Raja bersetuju dengan apa yang Pak Rashid Wenger persembahkan.

Pak Rashid Wenger mengadaikan kampung halamannya sebanyak 100 dolar usd atas persetujuan bersama baginda Raja. Tetapi baginda Raja telah menyorok sebahagian wang gadaian tersebut. Setelah persetujuan pertaruhan selesai penyabungan pun bermula.

Dalam perlumbaan tersebut perahu kayak Pak Rashid Wenger, Si Sengal telah berjaya mengalahkan kayak Baginda Raja Indera Sakti Columbus iaitu Manuk. Setelah melihat Manuk kalah, Pak Rashid Wenger melompat kegembiraan sehingga terlupa bahawa Si Sengal telah menjadi milik Raja Indera Sakti Columbus.

Oleh kerana terlalu asyik melompat kegembiraan seluar dan baju kertasnya tadi habis terkoyak dan bertaburan, bertelanjang bulatlah Pak Rashid Wenger di khalayak ramai.

Semua orang termasuk baginda Raja Indera Sakti Columbus tertawa terbahak-bahak melihat telatah Pak Rashid Wenger. Baru Pak Rashid Wenger perasan bahawa pakaiannya sudah koyak semuanya. Pak Rashid Wenger berasa amat malu lalu terus melarikan dirinya tanpa menoleh kiri dan kanan.

Baginda Raja Indera Sakti Columbus berkata, "malang sungguh Pak Rashid Wenger , perahu kayaknya menang tapi kampung tergadai.

Sejak dari haritu, sukan kayak memperkenalkansatu ritual di mana pasukan kalah akan memberikan pasukan yang menang baju yang dipakai. Hal ini simbolik kepada kekalahan kisah Pak Rashid Wenger yang bogel apabila tewas.

Tidak percaya? Boleh google.

Menurut buku sejarah sukan Rowing

“Shirt-racing, or shirt-betting, embodies this traditional aesthetic. Pre-eminent rowing collector-historian Tom Weil ’71 says losers were traditionally obliged to strip the racing shirts off their backs and hand them to their opponents on the water. The boats would pull together, shake hands, pass the shirts and push apart, with the losing crew rowing back to the dock shirtless.”

Maknanya dari sukan Rowing iaitu kayak berpasukan acara kalah buka baju ini diperkenalkan. Ia diperkenalkan secara meluas ke semua acara sukan termasuk bola sepak dan terus dibawa ke Malaysia. Di Malaysia ia diaplikasikan kepada seluruh peringkat umur dari kanak-kanak sehinggalah ke persatuan belia yang bermain bola petang-petang.

Kesimpulan

Sebenarnya bukan dari sukan rowing, tapi nak bezakan antara pasukan lawan dan geng sendiri. Tapi tula bila buka baju, penuh panau kurap segala bagai.haha


Share Tweet


Paparkan Komen