The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Kenapa Ikut Jadi Bangsat?

Encik Bakri pada September 17, 2015

Kejadian pembakaran suar,mercun serta merosakkan harta benda awam oleh sekumpulan peminat bola sepak negara yang mengelar diri mereka Ultras Malaya di Stadium Shah Alam tempoh hari telah merubah persepsi segelintir masyarakat umum terhadap sekempulan Ultras Malaya ini. Adakah mereka ini benar-benar memperjuangkan dan mencintai bola sepak.

Mengikut dari pandangan mata kasar saya sebagai bekas pemain bola sepak ini memanglah mereka meminati bola sepak serta kecewa dengan pentadbiran badan induk bola sepak negara, ditambah pula kekalahan yang memalukan sebelum ini. Apa yang dirasai oleh mereka ini juga amat dirasai oleh saya sebagai bekas pemain.

Namun saya amat terkejut dengan apa yang dilakukan oleh mereka, kerana sebagai pencinta bola sepak mereka perlulah menghormati masa 90 minit permainan dan undang-undang permainan. Kerana dengan sikap dan perbuatan itu serba sedikit mencerminkan budaya kita rakyat Malaysia di mata dunia. Adakah itu budaya orang kita Malaysia khasnya orang Melayu dan Islam.

Apa pun yang terjadi sudah terjadi tetapi saya tertarik dengan pandangan sahabat saya En. Ahmad. Beliau telah memberikan satu pendapat yang boleh diterima oleh akal. Sebelum saya meneruskan pendapat beliau untuk makluman semua En. Ahmad ini juga merupakan seorang peminat tegar dan mengikuti setiap perkembangan Ultras Malaya. Beliau sentiasa memuji sikap anak-anak muda ini yang berdiri teguh dibelakang Harimau Malaya baik ketika menang dan kalah.

Beliau meluahkan rasa kecewanya kepada saya, kenapa semua ini boleh berlaku. Apakah dengan perbuatan itu boleh merubah landskap bola sepak kita serta merta? Pastinya tidak! itu semua kita tahu katanya, kerana dengan mentality dan sikap orang kita masih tidak bolah mentadbir diri dengan baik serta mengunakan akal yang waras agak sukar untuk berjaya. Bukan mudah untuk merubah sikap orang kita dalam sekelip mata.

Tambah beliau lagi kalau mahu betul-betul berubah kenalah berubah dari negeri iaitu rumah kita sendiri kerana yang akan mengundi dan memilih exco-exco FAM ini dikalangan orang-orang persatuan negeri. Kenapa tidak bakar sahaja suar,mercun atau merosakkan harta benda awam setiap kali perlawanan dilaman sendiri setiap minggu menuntut perubahan apa yang diinginkan. Itukan lebih baik kerana orang-orang atasan akan bosan dan tertekan setiap kali persatuan dikenakan tindakan.

Memang benar selama 31 tahun FAM tidak membawa perubahan dalam kemajuan bola sepak negara, apatah lagi dengan segelintir sikap pemimpin badan induk yang bodoh sombong dan patutlah Ultras Malaya mengelar badan induk bola sepak negara itu bangsat. Tetapi sebelum En. Ahmad menutup perbincangan kami dia sempat mengatakan “Kenapa ikut Jadi Bangsat”. Ikutlah titah Sultan Johor jadilah penyokong yang berdisiplin dan beretika serta menghormati undang-undang.

-Ditulis oleh Hasnizam Uzir (Astro Arena)


Download aplikasi The Sukan di Google Play