The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Kenapa Atlet Selalu Gigit Pingat Semasa Bergambar Terjawab

Eikrem pada August 12, 2016

Sukan Olimpik sedang rancak berlangsung di Rio, Brazil dan pungutan pingat kini sedang dikuasai atlet USA dan China (macam biasa). Setakat hari ini, 12 Ogos 2016, USA gah di persada carta dengan 13 emas, berbanding China dengan 11 emas. Negara-negara lain pula masih tercicir di belakang kedua kuasa besar sukan dunia ini.

Kalau diperhatikan, pemenang pingat selalunya akan bergambar dengan menggigit medal masing-masing. Adakah ini amalan baru? Adakah amalan ini dikira bid’ah dholalah atau bid’ah hasanah? Adakah terdapat unsur illuminati? Ini jawapannya.

Tradisi amalan Olimpik kuno

Atlet Britain menggigit pingat | Gambar : Zimbio.com
Atlet Britain menggigit pingat | Gambar : Zimbio.com

Kalau anda merupakan seorang peminat siri Game of Thrones, anda akan lihat bagaimana tradisi orang dahulu kala tatkala mereka menggigit mata wang emas untuk memastikan ketulenan emas tersebut. Memandangkan emas adalah logam yang lembut, emas yang asli pasti akan terkesan dengan gigitan tersebut dan meninggalkan sedikit bekas.

Perkara ini juga diamalkan dalam sukan Olimpik kuno di Greece, amalan menggigit medal juga untuk memastikan bahawa emas yang diterima itu adalah 100% tulen, bukan campuran logam lain seperti besi atau tembaga.

Ketika era Olimpik kuno, pingat-pingat yang dianugerahkan kepada pemenang adalah 100% asli tanpa campuran, sama ada emas, perak atau gangsa. Kali terakhir emas tulen digunakan adalah pada sukan Olimpik Stockholm, Sweden, pada 1912 dan sejak hari itu pingat emas yang dianugerahkan kepada pemenang adalah campuran emas-perak.

Pingat emas Olimpik dan Paralimpik Rio | Gambar : CBC
Pingat emas Olimpik dan Paralimpik Rio | Gambar : CBC

Apakah komposisi pingat emas pada hari ini?

Ciri-ciri dan komposisi pingat hari ini adalah seperti berikut :

  1. Pingat emas dan perak sebenarnya mengandungi 92.5% logam perak.
  2. Pingat emas mesti disadur dengan sekurang-kurangnya 6gram emas tulen.
  3. Semua medal olimpik mesti sekurang-kurangnya 3mm tebal, dan 60mm diameter.

Persoalannya, adakah atlet hari ni menggigit pingat kerana ingin menguji sama ada pingat tersebut asli atau tidak? Pastinya tidak. Memandangkan sistem kewangan dunia hari ini tidak lagi menggunakan kepingan logam emas sebagai mata wang, sebaliknya menggunakan not kertas seperti yang diperkenalkan oleh Rothchild. Atlet hari ini menggigit pingat hanyalah sekadar untuk memenuhi permintaan jurugambar supaya mereka acah-acah rasa seperti di zaman King Leonidas.

Rujukan artikel :

  1. Komposisi pingat
  2. Amalan menggigit medal