The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2016 : Malaysia tewas 6-0 kepada pasukan tuan rumah

Encik Bakri pada October 3, 2015

Malaysia tewas 6-0 kepada pasukan tuan rumah, China pada aksi sulung Kumpulan I, Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2016 di Stadium Pusat Sukan Huai’an, sebentar tadi.

Gol-gol hasil jaringan Zhang Yuning pada minit ke-32 (penalti) dan 34, Gao Haisheng pada minit ke-48 dan 53, Yao Daogang pada minit ke-58 dan Shan Huanhuan pada minit ke-87 membolehkan China untuk mengutip tiga mata di hadapan penonton sendiri.

Terdahulu pada satu lagi perlawanan Kumpulan I, Korea Utara turut merakam kemenangan 6-0 ke atas Macau. Skuad bawah-19 negara dijadualkan bakal menentang Korea Utara, Ahad (4 Oktober 2015) ini pada pukul 3.30 petang (Waktu Malaysia).

KOMEN JURULATIH MALAYSIA B-19, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Pasukan bermain baik di awal permainan dan mengimbangi kekuatan pasukan lawan yang mempunyai kelebihan bermain hantaran-hantaran jauh melalui kelebihan fizikal yang mereka miliki.

“Namun, kesilapan-kesilapan individu daripada pemain-pemain telah digunakan sepenuhnya oleh pasukan lawan bagi memenangi perlawanan ini.

“Saya berharap pemain-pemain tidak mudah putus asa dan menjadikan keputusan ini sebagai pengajaran yang baik untuk menghadapi perlawanan kedua nanti bertemu Korea Utara, pada hari Ahad ini.”

KEPUTUSAN HARI INI

KOREA UTARA 6
Han Il-Hyok m-8, m-16, m-21 (pen), m-25
Jon Chung-Il m-33,
Park Kwang-Chon m-88
MACAU 0

CHINA 6
Zhang Yuning m-32 (pen), m-34,
Gao Haisheng m-48, m-53,
Yao Daogang m-58,
Shan Huanhuan m-87
MALAYSIA 0