The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Kelantan Umum Pemain Musim 2016

Encik Bakri pada December 6, 2015

SHAH ALAM: Tiga pemain baharu menandatangani kontrak untuk bersama-sama pasukan Kelantan bagi menghadapi musim 2016 saingan Liga Malaysia (Liga M).

Turut sama menandatangani kontrak sebagai jurulatih dan pengurus pasukan The Red Warrior (TRW), adalah K Devan. Tiga pemain baharu itu adalah Abdul Manaf Mamat, Mohd Faizal Abu Bakar dan Mohd Muslim Ahmad.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, berkata hanya tiga pemain yang tidak ditawarkan tempat dalam pasukan itu bagi musim hadapan. Mereka adalah Ahmad Fakri Saarani, Amar Rohidan dan Mohd Fitri Omar.

Senarai Skuad TRW 2016 diumumkan

1. K.Devan Jurulatih baru
2. TRW mengekalkan 15 pemain skuad 2015
3. TRW membawa masuk 3 pemain tempatan
4. TRW menyenaraikan 5 pemain Piala Presiden
5. TRW mengikat 3 bekas pemain harimau muda
6. 3 pemain import baru dalam pencarian
14. Chelsea

Posted by Daily Sukan on Saturday, 5 December 2015

Katanya, beliau memberi cabaran kepada Devan untuk membawa pasukan Kelantan menjuarai sekurang-kurangnya satu liga yang disertai pasukan berkenaan.

“Kalau Kelantan nak masuk, kita sasarkan kejuaraan. Sasaran saya Kelantan tiap-tiap tahun masuk Stadium Nasional, kena masuk peringkat akhir.

“Tidak dapat tiga, paling tidak satu (kejuaraan). Tahun ini juga, buruk-buruk pun mesti satu ke peringkat akhir,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Senarai Pemain Kelantan Musim 2016
Image : www.facebook.com/theredwarriorsofficial

Senarai Pemain Kelantan Musim 2016

1. Khairul Fahmi Che Mat
2. Shahrizan Ismail
3. Mohd Syazwan Yusof
4. Norhafiz Zamani Misbah
5. Nik Shahrul Azim Abd Halim
6. Farisham Ismail
7. Mohd Noor Hazrul Mahd Mustafa
8. Zairul Fitree Ishak
9. Jonathan Mc Kain
10. Brendan Gan
11. Wan Zack Haikal Wan Nor
12. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
13. Mohd Nor Farhan Muhammad
14. Khairul Izuan Rosli
15. Mohd Badhri Mohd Radzi
16. Tuan Faim Tuan Zainal Abidin

Senarai Pemain Baru Kelantan Musim 2016

1. Abdul Manaf Mamat
2. Mohd Faizal Abu Bakar
3. Mohd Muslim Ahmad.

Pemain HARIMAU MUDA (DISERAP) Musim 2016

1. Syahrul Azwari Ibrahim;
2. Mohd Faris Shah Rosli
3. Mohd Ramadhan Abd Hamid.

Pemain PIALA PRESIDEN (DISERAP) Musim 2016

1. Fakhrulzaman Wan Abdullah Zawawi
2. Mohd Qayyum Marjoni Sabil
3. Mohd Shahrul Hakim Rahim
4. Mohd Zafran Akramin Abd Razak
5. Mohammad Amir Zikri Pauzi

Pemain Kelantan Yang Digugur

1. Ahmad Fakri Saarani
2. Amar Rohidan
3. Mohd Fitri Omar