Kelantan Mungkin Tarik Diri Dari Liga Super 2017

Syafiq Freman oleh Syafiq Freman 11 bulan yang lalu

Gara-gara masalah kewangan yang kritikal, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum memutuskan status penyertaannya dalam Liga Malaysia 2017, sebaliknya menyerahkan kepada kongres khasnya di Pengkalan Chepa, 29 Disember ini.

Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah menjelaskan Kelantan masih gagal mendapatkan tajaan yang mencukupi untuk mengharungi musim Liga Super 2017.

“Daripada penjelasan Bendahari KAFA, Nik Aminaldin Jaafar, setakat ini Kelantan berada dalam kedudukan tidak mampu untuk menyertai Liga Malaysia 2017 berdasarkan kemampuan kewangan yang ada. Untuk makluman, kami sekadar mendapat tajaan sekitar RM800,000 dan masih jauh daripada sasaran awal RM15 juta."

Kelantan memerlukan sekurang-kurangnya RM15 Juta bagi membolehkan mereka beraksi di Liga Malaysia tanpa sebarang masalah.

“Inilah keputusan yang kami persetujui dan usul tersebut akan dibawa kepada kongres yang akan bersidang pada 29 Disember nanti. Kongres akan putuskan secara muktamad status penyertaan Kelantan dalam Liga Malaysia musim depan,” katanya dalam mesyuarat khas KAFA di Majlis Sukan Negeri (MSN), malam tadi.




Paparkan Komen