Kelantan Kekal Tarik Diri Tetapi Masih Mencari Dana Sebelum 6 Januari Untuk Terus Bermain

Encik Bakri oleh Encik Bakri 8 bulan yang lalu

Kelantan kekal dengan keputusan menarik diri dalam saingan Liga Malaysia tetapi masih mencari dana sebelum 6 Januari untuk terus kekal bersaing, keputusan itu dibuat melalui kongres luar biasa (EGM) persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini.

Pemangku Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah, berkata ahli badan gabungan bola sepak negeri juga memberi sokongan dan bersetuju sebulat suara mencalonkan Tan Sri Annuar Musa bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres FAM ke-53 Mac ini.

"Annuar pernah menawarkan diri bertanding jawatan Presiden FAM, jadi ahli gabungan memberi sokongan terhadap pencalonan beliau untuk pemilihan Kongres FAM itu nanti.

Pemangku Presiden KAFA itu juga menyatakan TSAM sudah menepati syarat untuk menjadi calon Presiden FAM setelah mendapat sokongan ahli gabungan dan nama calon mesti dihantar selewat-lewatnya dihantar 23 Januari, sebelum senarai akhir dikeluarkan pada 20 Februari.

"Ahli gabungan juga berpendapat tiada lagi calon yang sesuai melainkan Annuar yang sangat berpengalaman dalam sukan bola sepak negeri ini diletakkan sebagai calon.

Dalam pada keputusan menarik diri dan masih mahu bermain itu juga seakan mahu tapi malu, barisan Exco KAFA masih perlu mencari dana sekurang-kurangnya RM3 juta sebelum 6 Januari jika masih mahu kekal berada dalam Liga M.

"Berdasarkan kekangan kewangan dihadapi dan ketidakmampuan Kafa dalam soal penyertaan, kongres pada dasarnya bersetuju dengan keputusan tarik diri namun begitu masih meminta dan mengharapkan exco terus berusaha sehingga 6 Januari in, iaitu tarikh akhir pendaftaran pertama pemain.

"Kafa memerlukan tidak kurang RM3 juta sebelum sepak mula Liga-M dan kami berharap agar penaja tampil dengan segera membantu Kafa sebelum tarikh berkenaan," katanya.

Boleh tahan pening juga kerana keputusan menarik diri ini seakan tidak muktamad lagi kerana Kelantan masih mencari dana lagi dan dalam masa mengahadapi kemelut dan pergolakan kewangan, KAFA masih berminat unutk mencalonkan TSAM sebagai Predisen FAM.




Paparkan Komen