The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Kelab Sepanyol Bakal Didenda Jika Stadium Tak Penuh

Eikrem pada August 5, 2016

Bermula musim 2016-2017, kelab-kelab yang bermain di empat liga divisyen teratas dikehendaki memenuhkan stadium mereka sekiranya perlawanan yang melibatkan pasukan mereka ditayangkan di televisyen.

neymar
ooooo parokk | Kredit gambar : Squawka.com

Menurut Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol melalui perenggan empat, seksyen 6.4, setiap kelab perlu memenuhkan stadium sekurang-kurangnya 75 peratus kerusi stadium mereka dan jika mereka gagal untuk berbuat demikian, maka sejumlah denda akan dikenakan.

Lebih teruk lagi, jika stadium gagal dipenuhkan sebanyak 50 peratus, maka jumlah denda akan dinaikkan dua kali ganda. Walaugabaimanapun, jumlah denda masih beleum dinyatakan.

Langkah drastik dan radikal ini diambil untuk menaikkan rating di kaca televisyen La Liga dan dilihat sebagai langkah untuk menyaingi Liga Perdana Inggeris yang menjadi pilihan utama peminat bola sepak dunia.

Kredit gambar : Squawka.com
Kredit gambar : Squawka.com

Walaubagaimanapun, pasukan-pasukan elit seperti Real Madrid, Atletico Madrid dan Barcelona dijangka tidak akan terganggu kerana stadium mereka sentiasa dipenuhi penonton. Untuk musim baru ini, buat pertama kali keuntungan penyiaran perlawanan La Liga akan dibahagi sama rata di antara semua kelab berbanding sebelum ini yang memberikan kebebasan kepada Real Madrid dan Barcelona untuk menentukan hak penyiaran mereka sendiri.

Artikel asal : squawka.com

Baca juga : Jadual perlawanan La Liga musim 2016-2017


Download aplikasi The Sukan di Google Play