Kelab China Tawar Gaji Lumayan Kepada Alexis Sanchez

Eikrem 8 bulan yang lalu

Pemain Arsenal, Alexis Sanchez, yang kini sedang dalam kemelut kontrak bersama pasukan London itu kini berada dalam radar kelab-kelab Liga Super China dan dia dijangka akan ditawarkan gaji 400,000 GBP seminggu!

Sanchez kini dibayar 130,000 GBP, jauh lebih rendah berbanding pemain bintang dari kelab lain, dan mahukan kontrak baru yang menjadikannya sebagai pemain paling tinggi gajinya di Arsenal.

Namun, sebagai kelab yang mengambil langkah berjimat cermat, Arsenal enggan untuk memberikan kenaikan 100% kepada bintang dari Chile itu dan ini telah membuka mata kelab-kelab dari China untuk mendekati pemain ini melaui ejen-ejen mereka.

Selain dari kelab China, Sanchez juga turut diriki oleh Juventus dan Manchester City.