Kelab Brazil Pecat Empat Pemain Kerana Pesta Onani di Bilik Persalinan

Eikrem oleh Eikrem 2 bulan yang lalu

Kelab bola sepak Brazil yang berpangkalan di Passo-Fundo, Sport Clube Gaucho telah menamatkan kontrak empat pemain gay kerana didapati telah mengadakan pesta masturbasi di bilik persalinan.

Tiga daripada pemain tersebut terkantoi ketika sedang masturbasi, manakala seorang lagi sedang leka merekod video aksi tersebut dengan penuh syahwat.

Presiden kelab, Gilmar Rosso telah ditunjukkan video berkenaan dan terus bertindak menamatkan kontrak para pemain yang terlibat.

"Bila aku tekan butang play,  aku terus buang video tu. Aku rasa jijik yang amat," kata Rosso kepada GloboEsporte.

"Di luar waktu bekerja, kami tak kisah. Kalau diorang nak mabuk ke, jadi gay ke tak, itu masalah diorang.

"Apa yang aku kena ambil tahu ialah ketika trip, atau waktu bekerja. Itu sahaja tanggungjawab aku. Lagipun kelab ni bukan polis moral atau kelakuan baik.

Kau rasa pemain mana yang kena buang tu? | Gambar : Fourfourtwo

"Tapi yang aku kisah pasal video ini ialah diorang rakamkan dalam bilik persalinan.

"Kalau video ni orang heteroseksual yang buat pun, aku tetap ambil keputusan yang sama," kata Rosso lagi, untuk membuktikan bahawa tindakannya bukan berasaskan sentimen gay atau tidak.

Rosso juga mengatakan bahawa faktor utama disebalik penamatan kontrak tersebut bukan setakat tindak tanduk yang melampau tersebut, malah untuk melindungi kelab daripada diperlekehkan oleh peminat.

Jadi, moral daripada berita ini ialah, kalau nak buat tahi, sila buat di rumah masing-masing.

Sumber berita : Fourfourtwo




Paparkan Komen