Kelab Bola Sepak Panda (Panda Football Club) A.K.A Panda International

Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Kelab Bola Sepak Panda (Panda Football Club) atau dikenali dengan nama Panda International telah diasaskan pada 8 Feb 2016. Kelab ini berpangkalan di Putrajaya dan aktif mengadakan perlawanan persahabatan sekitar Putrajaya.

Sehingga kini kelab telah berjaya mengumpul sebanyak 100 ahli kelab yang aktif bermain futsal dan bola sepak. Kelab ini telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (No Pendaftaran : 9031/2017).

Everone Can Play

Misi utama kelab ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara pencinta sukan futsal dan bola sepak tanah air dan pada masa yang sama dapat bersukan bagi meningkatkan tahap kesihatan dan menjauhi dari aktiviti tidak berfaedah.

Dengan moto ‘Now Everyone Can Play’, semua ahli kelab dapat bersukan sama rata dan tidak hanya berada di bangku simpanan. Dengan mengambil pendekatan ini, ahli kelab yang mempunyai passion yang tinggi tetapi tidak mempunyai kemahiran bermain futsal atau bola sepak, akan diasah bakatnya.

Dengan pendedahan ini, lama kelamaan setiap ahli akan secara sendirinya mempertingkatkan tahap kecerdasan, keakraban dan mempertajamkan kemahiran berfikir dan mampu membuat keputusan dengan pantas.

Sasaran Dan Perancangan Kelab

Mensasarkan 2020 untuk menyertai liga sekitar Lembah Klang, kelab kini aktif mengadakan perlawanan persahabatan saban minggu bagi meningkatan stamina dan persefahaman.

Pada tahun 2016, kelab sosial ini telah aktif mengadakan perlawanan persahabatan sama ada didalam mahupun di luar negeri. Tahun 2016 sahaja sebanyak 30 perlawanan futsal dan 20 bola sepak telah diadakan.

Sementara itu, perlawanan persahabatan turut diadakan di luar negeri antaranya bersama Aonang Great Soccer, Krabi dan juga menyertai Phuket 7s International Friendly dan berjaya meraih tempat kedua.

Pada tahun 2017, sebanyak 12 perlawanan futsal dan 14 perlawanan bola sepak telah diadakan. Kelab ini juga aktif mengadakan perlawanan dengan kelab bola sepak artis tanah air seperti Mak Jemah FC, ND LALA FC dan K’LOUD FC.

RJWL vs Panda

Antara perlawanan persahabatan luar negeri yang dirancang pada tahun ini ialah perlawanan persahabatan bola sepak menetang pilihan Bandung, Indonesia pada 1 April 2017 dan perlawanan persahabatan di Rusia pada tahun 2018 sempena World Cup 2018.