Kekalahan Memalukan Arsenal

Mohd Hazwan oleh Mohd Hazwan 7 bulan yang lalu

Dua lagi perlawanan Pusingan 16 Pasukan Liga juara-Juara Eropah berlangsung awal pagi tadi. Jika semalam kita dikejutkan dengan kekalahan pasukan Barcelona ditangan pasukan Paris Saint German, hari ini pula tiada apa-apa kejutan berlaku kerana Arsenal memang sudah terkenal sebagai status pasukan belasahan lebih-lebih lagi apabila bertemu Bayern Munich.

Sejarah Kembali Berulang

Kenangan Arsenal diayamkan 5-1 oleh Bayern Munich di Allianz Arena pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim 2015/2016 kembali menghantui penyokong-penyokong The Gunners. Mereka dibelasah tanpa belas kasihan sekali lagi awal pagi tadi dengan jumlah jaringan yang sama oleh kelab gergasi Jerman itu.

10 Minit Yang Menghancurkan

Selepas Arsenal kehilangan kapten pasukan Laurent Koscielny akibat kecederaan pada awal separuh masa kedua, pemain-pemain Arsenal mula bermain seolah-olah orang tiada pedoman dan mereka kelihatan seperti hilang arah di atas padang. Kelebihan ini dimanfaatkan oleh barisan serangan Robben & Co dan mereka berjaya menjadikan Arsenal seolah-oleh pasukan lawan pada waktu petang dengan tiga gol dalam masa 10 minit.

Penguasaan Bola Bayern Munich

Robben tua masih berbisa sambil menutup aurat

Mengikut statistik perlawanan, Bayern Munich berjaya menguasai 70% kawalan bola sepanjang perlawanan. Pemain-pemain Arsenal pula kelihatan rela melihat barisan pertahanan mereka dibolosi dengan mudah. Mereka hanya membiarkan sahaja pasukan Bayern Munich bertukar-tukar hantaran di kawasan mereka tanpa sebarang tekanan sambil berharap keajaiban dari penjaga gol David Ospina untuk menyelamatkan semua percubaan.

Penyokong The Gunners Kecewa

Menurut Encik Razak, peminat tegar Arsenal dari Ampang yang ditemui selepas perlawanan berkata beliau pernah bercadang untuk mengambil servis syarikat Valet Doa demi masa depan pasukan Arsenal tetapi terpaksa membatalkan niat tersebut apabila disekolahkan oleh rakan-rakan beliau di Facebook.

Khas buat penyokong Arsenal

Namun jauh di sudut hatinya masih mengharapkan Arsenal berjaya memenangi apa-apa kejuaraan  setelah bertahun-tahun kemarau kejuaraan besar.

“Macam mana aku nak pergi hadap geng-geng kelab lain dekat ofis nanti?” kata beliau lagi sambil mengalirkan air mata.

Masa Depan Arsene Wenger

Hashtag #WengerOut kembali berleluasa di laman sosial selepas kekalahan yang amat memalukan tersebut.  Penyokong-penyokong Arsenal dilihat semakin menyampah dengan persembahan pasukan Arsenal yang tidak konsisten. Kadang-kadang mereka boleh bermain seperti pasukan terbaik dunia dan secara tiba-tiba mereka boleh bermain seperti pasukan sekolah rendah bawah 12 tahun.

Wenger pun 'facepalm' tengok anak buahnya bermain

Namun Arsene Wenger yang ditemui selepas perlawanan berkata beliau mengaku agak tertekan dengan situasi sekarang tetapi masih lagi optimis untuk perlawanan seterusnya.

“Kali terakhir kami berjaya melepasi Pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah ialah pada 2010 apabila kami menyingkirkan Porto. Oh, Bendtner melakukan hatrik pada perlawanan tersebut. Saya rindukan Lord Bendtner”.




Paparkan Komen