The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Kejohanan Futsal AFF 2015 : Malaysia Ke Separuh Akhir (Video)

Encik Bakri pada October 13, 2015

Malaysia mara ke separuh akhir Kejohanan Futsal AFF 2015 selepas menewaskan Singapura 5-0 di Bangkok Futsal Arena, Thailand.

Kejayaan layak ke separuh akhir kejohanan berkenaan, menyaksikan Malaysia mengesahkan tempat beraksi pada pusingan akhir Kejohanan Futsal AFC 2016 di Uzbekistan.

Selaku naib juara Kumpulan A, Malaysia berdepan tugas sukar pada saingan separuh akhir apabila dijadual menentang Australia, manakala juara Kumpulan A Thailand akan bertemu Vietnam.

Pada aksi hari ini, Malaysia memperoleh gol pertama menerusi Muhammad Akmal Yazadh Amri pada minit kesembilan, diikuti Syed Aizad Daniel Syed Nasir pada minit ke-22.

Anak buah Marcelo Serpa itu menambah tiga lagi jaringan yang disempurnakan Saiful Nizam Mohamad Ali pada minit ke-38, Saiful Aula Ahmad (39′) dan Muhammad Fitri Muhamad Yatim (40′).

Sebelum ini, Malaysia membelasah Brunei 9-1 dalam aksi pembukaan pada Khamis lepas, sebelum tumpas 1-6 kepada tuan rumah Thailand pada Sabtu.

Malaysia kemudian bangkit mengalahkan Timor Leste 7-2.

Rangkuman Perlawanan Peringkat Kumpulan

Highlight : Malaysia 9-1 Brunei

Highlight : Malaysia 1-6 Thailand

Highlight : Malaysia 7-2 Timor Leste

Highlight : Malaysia 5-0 Singapura


Download aplikasi The Sukan di Google Play