The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Kehilangan Besar Bagi Pasukan Brazil “The Star Supporter for Brazil” Meninggal Dunia

Encik Bakri pada September 17, 2015

The Star Supporter for Brazil Meninggal Dunia, Clovis Acosta Fernandes, telah meninggal dunia semalam pada usia 60 tahun. Jika anda meminati pasukan Brazil pasti anda mengenali insan ini.

Gambar beliau memegang replika Piala menjadi ikonik selepas kekalahan Brazil 1-7 kepada Jerman dan beliau telah digelar “Saddest Man In Brazil”

Baca : Brazil Tewas 7-1 Kepada Jerman Di Piala Dunia 2014

Clovis Acosta Fernandes

Trivia Menarik Tentang Clovis Acosta Fernandes

1. Nama beliau Clovis Acosta Fernandes juga dikenali sebagai “Gaúcho da Copa” atau dalam bahasa melayu Mustapa Mohd. Berumur 60 tahun dan masih teruna.

2. Impian beliau untuk mengikuti setiap perlawanan Brazil bermula pada Piala Dunia 1970. Selepas 20 tahun iaitu pada Piala Dunia 1990 barulah impian beliau menjadi kenyataan.

3. Piala Dunia 1990 merupakan titik tolak permulaan beliau mengikut perlawanan pasukan Brazil secara langsung di Stadium. Untuk rekod pakcik ni telah menyaksikan pasukan Brazil bermain 7 kali di Piala Dunia, 6 kali di Copa Amerika, 4 kali di Piala Konfederasi dan sekali di Olimpik.

4. Pakcik ni telah menyaksikan sebanyak 154 perlawanan Brazil di 66 buah negara. Kaya betei beliau.

5. Pada tahun 2002 pakcik ni dipilih oleh FIFA sebagai “The Star Supporter for Brazil”

6. Pada Piala Dunia 2014 beliau menjadi Fenomena kerana gambar beliau yang memegang replika Piala Dunia selepas kalah kepada German mendapat liputan meluas media yang dianggap “The Saddest Man In Brazil”.

7. Beliau meninggalkan perniagaan Pizza untuk menjadi penyokong Brazil sepenuh masa pada tahun 1990 setelah mendapat keizinan isteri beliau.


Download aplikasi The Sukan di Google Play