The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Kedah Bercadang Untuk Naikkan Harga Tiket

Encik Bakri pada November 15, 2016

Persatuan bolasepak Kedah(KFA) bercadang dan akan mempertimbangkan untuk menaikkan harga tiket perlawanan di Stadium Darul Aman pada tahun hadapan.

Datuk Aminuddin Omar yang juga Setiausaha KFA menjawab soalan Mahadzir Abdul Hamid (BN-Jeneri) yang ingin tahu mahu tahu sama ada KFA akan mengkaji semula harga tiket yang dijual di Stadium Darul Aman.

Jawapan biasa untuk setiapa kenaikan sesuatu barang adalah kenaikan ini tidak membebankan :

“Kenaikan harga tiket itu tidak akan membebankan semua pihak terutama para penonton.” Kata Datuk Aminuddin Omar, EXCO Sukan Kedah

Tambah beliau lagi :

“Di Stadium Darul Aman, harga tiket yng dijual adalah yang paling murah dalam dunia. Ini boleh disemak dengan mana-mana stadium yang ketika ini tiket dijual pada harga RM10, RM16 dan RM22,”

Datuk Aminuddin Omar juga menjelaskan KFA menimbangkan untuk mempertingkatkan kuota tiket atas talian atas beberapa faktor.

“KFA masih dalam pertimbangan untuk mempertingkatkan kuota jualan tiket atas talian bagi perlawanan tertentu, kerana ia perlu mengambil kira pelbagai faktor antaranya sistem ketelusan penjualan tiket atas talian yang membolehkan penyokong pasukan lawan untuk monopoli pembelian tiket.”

“Kapasiti Stadium Darul Aman sendiri yang cuma mempunyai 25,000 tempat duduk yang diinsuranskan perlu juga diambil kira selain kekangan perkhidmatan jalur lebar di luar bandar,” katanya lagi.

Satu berita gembira buat penyokong Kedah kerana kenaikan tidak akan membebankan semua pihak terutama para penonton.

Sumber : Berita Harian


Download aplikasi The Sukan di Google Play