Kartun Kickers! Penanda Aras Bola Sepak Kanak-Kanak 90an

Perakmania 4 bulan yang lalu

Siri animasi Jepun atau lebih popular sebagai “anime” mendapat sambutan di negara ini sejak ia disiarkan di saluran televisyen tempatan pada tahun 1980-an. Era kegemilangan anime di Malaysia bermula pada 1990-an.

RTM memulakan langkah menyiarkan anime dan diikuti oleh TV3 dan ntv7. Kebanyakan siri anime ini dialihbahasakan ke bahasa Melayu dan ada juga yang mengekalkan bahasa asalnya. Bagi kanak-kanak di awal tahun 90an, ada bermacam-macam kartun yang hadir menceriakan hidup kami.

Sebelum itu, izinkan saya tegaskan bahawa Kickers dan Kapten Tsubasa adalah dua anime berbeza. Ramai yang salah faham atau mempunyai ingatan 90an yang kurang terkeliru antara dua animasi ini.

Kalau anda masih keliru, sila tanya Ajai dan Nurul! Salahkan ku, jangan salahkan ku!

Sejarah Ganbare, Kickers!

Pulang dari sekolah agama terus mengadap televisyen, kartun ini akan bermula jam 5.30 kalau tidak silap saya selepas Gaban dan Suria Perkasa Hitam. Kickers! ini pada asalnya merupakan dihasilkan didalam bentuk komik kanak-kanak dilukis oleh Noriaki Nagai.

Setelah saya semak, hasil karya Noriaki Nagai ini amat sedikit dan jarak untuk beliau terbitkan dari satu komik ke satu komik baru hampir 10 tahun :

Ganbare! Kickers (1985)
Dennou Boy (1991 )
Otokotachi no Koujitsu (2001)

Ganbare, Kickers! telah diterbitkan dalam Majalah CoroCoro iaitu majalah komik kanak-kanak Jepun dari tahun 1985 hingga 1989. Siri komik ini telah Anugerah Manga Shogakukan 1987 bagi komik kanak-kanak terbaik.

Setelah memenangi anugerah, komik telah diadaptasikan ke dalam bentuk animasi pada tahun 1987 oleh Pierrot Studio. Animasi ini telah mendapat sambutan hangat selepas 26 episod.

Pada tahun 1990, animasi telah berjaya menembusi pasaran luar, jadi anda jangan ingat hanya kita di Malaysia sahaja menonton kartun ini, antara negara lain yang telah diberi hak penyiaran kartun ini ialah :

Negara-negara Arab, Iran, Korea Selatan, Italy, Sepanyol, Perancis, Poland, Jerman, Austria dan Indonesia.

Pasukan Kickers

Kickers merupakan sebuah pasukan kanak-kanak di sebuah bandar kecil di Kitahara, Jepun. Pada permulaan watak Kakeru yang baru sampai dari entah mana dengan confidentnya mencari team sekitar bandar tersebut.

Antara pasukan yang beliau telah cuba sertai ialah Nanyo Sc, juga seteru Kickers. Gigih Kaeru menggunakan pelbagai cara untuk menyertai Nayo Sc, namun gagal. Kesudahan beliau terpaksa menyertai Kickers.

Apa yang menariknya ialah watak-watak didalam pasukan Kickers ini boleh kita katakan bahawa semuanya incomplete kecuali Kakeru dan Hongou.

Hangou merupakan penjaga Gol pasukan juga bertindak sebagai Kapten.

Kakeru : Satu fenomena atas padang

Watak utama ini menjadi fenomena bagi kanak-kanak 90an. Perangai beliau yang saya masih ingat ialah suka mendaki belakang rakan dan lompat untuk mengambil bola. Perangai tidak senonoh ini terbawa ke padang-padang bola sepak kanak-kanak di tahun 90an.

Secara realitinya, memang mustahil hatta pemain professional dunia pun pasti tak akan melakukankanya. Boleh saja nak buat, lepas tu mungkin kena penerajang dengan rakan sendiri. Antara perangai yang paling membuatkan kita geram dengan watak Kakeru ini ialah bila dihadapan gol.

Seksa sungguh untuk menjaringkan gol. Sewaktu latihan atau luar perlawanan bukan main lagi segala skill dan taktik beliau buat. Dan kelemahan utama Kakeru ialah gadis-gadis, bila berhadapan dengan gadis beliau pasti akan tumbang seperti manusia biasa yang lain.

Kesimpulan

Tahun 90an merupakan tahun-tahun terbaik dimana apa yang dibawa dari animasi pasti akan membuatkan penonton mencubanya diluar. Ganbare, Kickers! seingat saya mempunya dua musim dan selepas itu tiada sambungan.

Berbeza dengan animasi-animasi bola sepak yang ada hari ini. Ada yang merapu sehingga sepakan bola menjadi kuasa superpower. Yang pasti Ganbare, Kickers! pasti akan sentiasa dalam ingatan kita .

What a good old days…