Karl-Heinz Weigang Meninggal Dunia

Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Bekas jurulatih Perak The Bos Gaurus, Karl-Heinz Weigang telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Menurut Akbar Sahari, Weigang meninggal dunia di Jerman akibat sakit jantung.

Selain Perak, Weigang juga pernah menjadi jurulatih Harimau Malaya pada tahun 1980 dan berjaya membawa pasukan Malaysia mara ke Olimpik 1980.

Kini Weigang Pergi Buat Selamanya

Pengendali berasal dari Jerman itu cukup sinonim dengan bola sepak Perak selepas berjaya mengemudi skuad Bos Gaurus itu menjuarai Piala Malaysia pada 1998 dan 2000.

Weigang pernah membimbing Perak sebanyak dua kali namun Weigang telah dipecat oleh Perak di awal musim dan digantikan dengan Mehmet Durakovic.

Artikel Penuh: Utusan