Kaka : Neymar Perlu Tukar Nama Untuk Menjadi Pemain Terbaik Dunia

Eikrem oleh Eikrem 5 bulan yang lalu

Neymar perlu menukar namanya kepada 'Reymar', untuk menjadi pemain terbaik dunia, seiring dengan kehebatan pemain lagenda Brazil yang lain seperti Ronaldo, Ronaldinho, Rivaldo, Romario dan Rafee Rali yang nama merekaa bermula dengan huruf 'R', kata Kaka secara berseloroh.

Bintang Orlando City yang kini berusia 34 tahun turut berkata,"Dengan semua yang telah dia sumbangkan kepada Barcelona, Neymar kini mempunyai ciri-ciri untuk menjadi pemain terbaik dunia.

Kaka di Orlando

"Tapi kalau dia tukar nama dia kepada Reymar, peluang dia akan lagi cerah. Semua pemain Brazil yang berjaya nama mereka bermula dengan huruf 'R'. Kelakar tak aku?" tanya Kaka sambil tersengih seperti kerang busuk.

Walaupun sekadar menjaringkan lapan gol dalam La Liga pada musim ini, keupayaan pemain yang berusia 25 tahun itu tidak dapat disangkal dalam membantu kebangkitan kelab Catalan tersebut selepas permulaan yang hambar pada awal musim, sekaligus menaikkan lagi kredibilitinya untuk menjadi pemain terbaik dunia dalam masa terdekat.

Pemain berjersi nombor 11 itu turut menyumbangkan lapan bantuan gol dalam La Liga, jauh melebihi Cristiano Ronaldo dan Ousmane Dembele yang sekadar menyumbangkan lima bantuan gol.

Dari segi jumlah peluang yang dicipta, Neymar telah merekodkan 18 peluang, kedua terbaik di belakang Lucas Moura dari PSG dan pemain Tottenham Hotspur, Christian Eriksen dalam lima liga terbaik eropah.

Dalam Liga Juara-juara pula, Neymar sekadar menjaringkan empat gol, namun cukup cemerlang di bahagian sayap menjadi penggelecek terbaik eropah dengan 34 gelecekan yang berjaya. Manakala jika through ball diambil kira, Neymar berada di tempat kedua di belakang bintang Arsenal, Alexis Sanchez.

Dengan kontrak Messi yang masih lagi menjadi tanda tanya, para Cules pasti akan sedikit lega dengan aksi Neymar setakat ini, dengan pemain Brazil ini bakal menjadi pengganti bintang Argentina tersebut jika Messi meinggalkan Catalan.


Share Tweet


Paparkan Komen